Monday, February 27, 2012

Balut hood

Membalut hood dengan sticker CF. Harga 5' x 5' cuma rm55. Memula cuci bersihkan hood t xmau bagi ada kotoran/batu2 kecik.


Peralatan asas


Spray permukaan hood dan gam stiker ngan air sabun


Ratakan guna tangan dulu pastu baru guna plastik tuh. Time ni tengah dok asyik buat sebelah, lupa nak sembur lagi ngan air sabun bahagian sebelah sebab bila air sabun tu dah kering, memang dia melekat terus. Learn thru' hard way ..


Siap trim dan lipat bahagian tepi tu.


Dah siap.. ada lagi bubble2 kecik.. jemur tengok leh hilang ke x ..


Closed up ... terserlah dia punya corak tuh.


Wednesday, February 22, 2012

Kemas wire

Projek mengemas wire berselirat kat bahagian bateri - headlamp. Disebabkan wire yng sangat xteratur, inisiatif untuk mengemaskini pun ada, jadinya projek berjalan dengan jayanya walaupun mencabar kesabaran.

Sebelum...


Selepas...


Nampak lebih tersusun selepas di'black tape'kan


Ada gak kesan sampingan bila dah abis projek ni, antaranya:
1. Aku lupa wiring suis on/off radiator lamp. So lampu tu aku buat dia on bila on lampu kecik. sepatutnya ada sub-suis untuk fungsi nih.
2. Lampu sensor Catcon xnyala dah.. kalau x dia dok nyala jer kat meter tuh. Xpasti pasal apa tetiba dah xidup langsung. Ok la ni.

Projek yang bersangkut-paut adalah buh module LED ni kat signal tepi tuh, bagi dia on bila on kunci. So xpakai DRL kat bumper tu dah. Semua DRL tuh aku jadikan strobe light.

LED RM15 seketul


Buh gam silikon keliling


Disebabkan keadaan plastik signal tu kekuningan dah.. so cahaya dia agak xberapa cantik kalau compare dgn xbuh kat signal tuh. Tapi memang terang la. Kalau dapat kanta beso sikit saiz duit 50sen tu memang cun la buh sekali dalam signal tuh.

Tengok la nanti next project plak camner.

Saturday, February 18, 2012

Back to basic - hood

Proses membuang cat 'flat black' tin spray, sbb dah teruk sangat bahagian depan tu kesan kena batu2 kecik. Alang2 baik buang terus semua. Next plan mungkin cat lain, xpun balut stiker.







2 hari punya kerja... Inilah warna asal yang datang dari halfcut masa mula2 beli dulu... maknanya ni la juga warna datang mai dari Jepun .. hahha


Wednesday, February 15, 2012

Driveshaft lagi



Rasa baru tukar jer tahun lepas yang pendek, ni kena tukar lagi. Simptom nyer bila tekan minyak, kereta gegar satu body terutama gear 3 ngan 4. Bila tekan smooth xrasa sangat ler. Xpasti la sebelah mana yang rosak, tapi kemungkinan besar sebelah kanan gak ler.

Cari punya cari jumpa la sorang member gsrforum.net nak jual sepasang rege rm300. Nego punya nego dapat la rm250 COD kat Alor Gajah. Menurut katanya, driveshaft ni asal dari gearbox Wira 2.0D. Dah dia jamin leh masuk, aku angkat jer la. Reason dia let go pasal upgrade gearbox. Dah kira murah la tu rege sepasang dapat mcm tu.

Esok harinya pasang kat Batu Berendam, I Am Workshop camtu la namanya, dbetul2 depan airport. Tu pun dia yang rekemen. Dah abis pasang tu test kat situ ok jer la, alignment pun xlari byk sangat (padahal memang malas pun aku nak buat alignment lain). On the way balik baru perasan ada bunyi sagat besi (xtau la apa yang sagat) bila belok kanan. Satu hal plak. Cari punya cari xjumpa (kot la rim sagat ngan apa2 ker belah dalam), aku biarkan je la.



Tinggal 2 lagi problem besar ngan 1 problem maha besar yang belum settle.

1. Tayar 4 biji dah botak (dah abis rotate nak bagi balance bunga)
2. Compressor aircond (dekat berbulan2 dah drive xde aircond)

1. Cat semakin pudar dan lusuh - yang ni sejak beli dulu pun dah pudar, ntah bila nak cat ler.

MAKAN MODAL!!!!