Ni kira cuma nak terangkan serba sedikit cara2 mencuci throttle body (TB) - dan mungkin manifold sekali kot- guna ThreeBond Engine Cleaner (3bond). Benda ni aku beli dari seller kat LYN. Harga pun xde la mahal mana. Rasanya setakat ni kalau nak carik kat kedai2 biasa xde kot...kalau ada pun mungkin mahal sikit daripada harga yang aku beli ni.
Ada macam2 kaedah nak cuci TB ni..tapi disebabkan malas aku nak membuka nyer..so guna cara yang mcm ni je la. Ni gambar TB dan juga dalaman manifold yang mampu diambil dengan kamera enset.
Jelas sekali kekotorannya kan?
So kalau ikut step by step yang disarankan adalah seperti berikut (based on enjin injeksen yer):
1. Bukak air ram intake pipe.
2. Idupkan kete dalam 5 minit pastu off enjin.
3. Sembur (goncang ler dulu tin tuh) 3bond selama 30 saat (kat dalam TB dan manifold tu) dan tunggu 3 minit (masa ni dia jadik berbuih pastu nampak kotoran tu tanggal sendiri.

4. Idupkan enjin dan mentenkan rpm pada kadar 1000rpm-2000rpm. Masa yang sama sembur bagi abis 3 bond tu ke dalam TB. Yang ni rev enjin guna tangan la (kecuali ada org lain tolong pijak pedal). Masa yang sama asap putih akan berkepul2 keluar dari muncung ekzos dan juga ada titisan air keluar.
5. Biarkan enjin hidup sampai la xde lagi asap putih tu keluar (tapi kalau dah kereta memang dari azali keluar asap sbb ring piston haus..xyah la tunggu kunun nak sampai asap putih tu xkeluar) pastu off dan pasang balik intake hose tadi. Selesai.
Kalau tengok cara pembersihan dia mudah sekali, bahan dari 3bond tu membersihkan karbon sambil jadi buih pastu buih bersama kotoran tadi masuk ke kebuk pembakaran (masa yang sama mencuci kebuk pembakaran juga termasuk plug) dan terbakar bersama2 pastu keluar melalui saluran ekzos. Konsepnya sama macam D'Carbo (yang ni pun aku dah try dulu) cuma bezanya D'Carbo tu dia masukkan bahan pembersih melalui hos vakum yang mana rasanya bahan tu tak akan melalui dan mencuci TB.

Keputusannya?
Perfomance? Xpayah la sembang dengan sebab benda yang xberapa ringgit ni nak sembang naik 5hp la, 7hp la, pikap lebih la, minyak save la ... xpayah. Bagi aku benda2 tu kalau ada pun kira bonus la. Yang penting benda bersih dan mudah serta menjimatkan masa tanpa memberi kesan sampingan.
Dan yang paling mengujakan, selama ni meter AFR DIY ni hanya menunjukkan bacaan AF dari range 14.8 - 15.3 jer (kununnya campuran AF tu maintain jer la) tapi lepas cuci dengan 3bond ni, bacaan dia berubah2 dengan jelas tiap kali tekan pedal dan juga lepas pedal minyak. Maknanya masa yang sama benda ni cuci O2 sensor sekali kot (masa pelepasan karbon2 tu melalui ekzos). Mungkin la kan..

Lepas ni mungkin aku akan beli lagi mende 3bond ni dan target aku kali ni nak cuci betul2 dalam manifold tuh. 1 tin tu kiranya kalau kereta baru boleh la..karbon xberapa nak berkerak lagi. Yang ni kiranya try n error jer. Tapi disebabkan result yang sangat memberangsangkan, so akan datang aku buat yang lain.
No comments:
Post a Comment