Friday, September 17, 2010

Projek mega


Pinjam gambar seller dari LYN...

Ni projek yang agak besar gak ler..selain memenatkan, menyusahkan dan juga memeningkan kepala. Projek yg kunun2 nak bagi senyap skit bila duduk dlm kereta. Bahan utama dalam projek ni adalah dampening mat (bitumen) serta insulflex (foam). Kos bahan jer rasanya dalam rm300 lebih kot (tu pun xcover semua bahagian). Tapi papehal pun aku agak puas hati dengan result nyer.

Langkah pertama projek ni merupakan satu kerja yang agak menyukarkan ; bukak dashboard (nak ikut xpayah bukak pun xper), bukak seat depan belakang dan bukak kapet besar serta cuci lantai (sental).


Berserabut tul wayar2 tuh.. ni kalau buat Pemeriksaan Pakar Bomba kompom kantoi beb. Salah satu sebab bukak dashboard adalah nak kemasskan balik wayar2 tuh.


Sental lantai tu guna sabun serbuk basuh baju dengan berus sabut. Pada dasarnya memang dah ada bitumen mat tu (OEM) tapi disebabkan usia kereta yang telah mencecah lebih sedekad jadi keberkesanannya mungkin dah kurang (agaknya la).


Sementara menunggu lantai tu kering sepenuhnya..aku kemaskan balik wayar2 tuh pastu pasang balik dashboard. Lantai dah kering terus aku bentang dampening mat tuh. Disebabkan dia datang dengan saiz yang besar (4' x 3') jadi mudah la nak letak. Kalau nak potong pun sikit2 jer. Keseluruhannya dalam 4 keping dampening mat aku guna untuk cover bahagian dalam tu (xtermasuk space untuk tayar spare kat belakang tuh). Penat xyah cerita la, peluh mencurah2 dah macam buat PT test 3.2km plak.


Akhir sekali aku buh insulflex kat belakang kapet lantai yang besar tuh. Ni nak cerita aku pakai kapet GTi beb. Selain kaler dia yang hitam, kualiti dia pun jauh beza dengan kapet sate model2 biasa nih. Dengan ketebalan insulflex (6mm) tambah lagi dengan tebal kapet tu.. memang kiranya macam pijak kapet kat hotel2 taraf 3 bintang gak la. Tapi yang masalahnya bila nak pasang kene tekan kuat2 sebab dah tebal sangat.


Akhirnya setelah bersusah payah memasang balik semua sorang2 tanpa bantuan sesiapa, aku rasa puas hati sangat2. Mission accomplish. Tinggal nak carik sikit lagi untuk cover bahagian belakang kat spare tyre tuh jer.

4 comments:

  1. nice..nak try gakk..tp xreti wat la bro

    ReplyDelete
  2. slow2 kayuh ..benda ni pun dekat 2 tahun baru aku leh konsentret

    ReplyDelete
  3. salam bro..,
    tahniah atas blog yg menarik dan diy yg kreatif.

    aku ni bru lg dlm diy ni.
    nak tanya pasal bukak dashboard bleh tak...
    xdapat2 lagi nak bukak smpai abis.

    bhgn bawah dash aku bjaya jumpa skru n bukak.
    bhgn atas tu xtau skru/nat duk kat mana..

    paling dalam aku bukak dash smpai meter je.
    nak dalam lagi xbrani..lgpun xjmpe skru.
    hehe.

    bleh tnjuk ajar skit tak bro. apa2 yg kene bukak lg ke n skru/nat duk kat mana.

    tenkiu so much.

    wassalam.

    ReplyDelete
  4. sila rujuk entry terkini untuk permasalahan anda tu ...tenkiu .. semoga berjaya

    ReplyDelete