Saturday, December 29, 2012

Facelift-ed

1. SE Bumper
2. Relocate strobe LED
3. Plate flipper

 



DIY Homemade Flipper

DIY plate flipper dengan harga kos x sampai pun RM80

Bahan-bahan:
1. 2 biji motor - RM50 (beli sekali dgn motorized distributor).
2. Silikon gel - RM8.
3. Metal bracket - RM8.
4. Suis - RM7

 Guna motor sebelah jer, sebelah lag keluarkan. Solder direct wire kat motor tu (kalau xder soket).

Buat pemegang bracket guna aluminium keras (sepasang kiri kanan). Rivetkan kat penarik pada motor tu.
 
 Test pasang



Proses potong bumper



Test clearance gap guna kadbod, naik turun motor.



Seal keliling guna silikon gum xnak bagi air masuk.


 Pasang semula, ketatkan mana yang patut, touch up sikit2



Wiring diagram guna suis power window

Siap...
Check video



Thursday, December 27, 2012

Kipas lipas

Berlanjutan motor kipas radiator yang jahanam tempohari... dah ada pengganti. Kos motor seken ngan kipas RM85 jer. Kipas edisi keluaran GTi (harap2 hp pun tambah sikit la) dengan 5 bilah kipas dan motor jenama DENSO.


Xtau apa silapnya, bila test pasang kat housing lama, xmuat plak (mungkin sebab GTi kot-bersangka baik). Setelah Bersusah payah ejas dan potong akhirnya berjaya juga.

Time pasang plak ada kesulitan lain. Try buh tapi xpusing, check relay ok tapi fius plak yang putus. Ganti fius lain, putus lagik. Konpius jap.


Trace punya trace rupanya wire dah shorting kat soket bawah tu sebab terlampau panas, wire cair. Bila dah betulkan, test pasang..kipas berjaya pusing ikut temperature enjin, malah aircond kembali sejuk macamm biasa!

Bumper punya hal, makan modai.

X pasti apa punca ..tau2 dah retak belah bawah plate tu. Lowered sangat la kisah nyer kot. 
 
Mujur ada orang nak jual bumper (SE la tapi). Xkisah ler asalkan complete lip ngan bumper reinforce tuh. Pasang sementara nak balik, kat umah nanti nak ejas balik foglamp dengan projek tambahan lain.
 Nampak comel la plak pakai bumper nih.

Monday, December 3, 2012

Radiator fan jahanam

Langkap - Sungai Udang merembat macam biasa ..bezanya start dari mula sampai abis..kipas radiator fan xberpusing pun ... mujur x overheating ..giler.









Wednesday, October 24, 2012

Rest ... back to normal

Masuk workshop 2 minggu












Hasilnya .. standard look
 














Cyborg spoiler + Quick DIY


Friday, September 7, 2012

Ambang Merdeka .. ker mambang merdeka?

2030H Highway NKVE arah utara; 200m sebelum exit Subang.

Kena sondol dgn mat rempit... 2 biji LC, sebijik lagi pun nyaris langgar ..
Rosak teruk gak la ..

Source: Mambang Merdeka


Wednesday, August 22, 2012

BRClutch

On the way balik cuti raya, sampai kat exit Slim River clutch plate plak habis. Terpaksa drive guna Gear 5 sampai tol Sungkai. Dari Petronas Sungkai bawak balik guna carrier. Kos kehancuran RM180.

Esok harinya pi Ipoh beli clutch baru kat kedai BRClutch aka Kian Leong Clutch. Pakej dia bagi Valeo Heavy Duty Cover ngan custom semi racing clutch lining. Total kos kehancuran kat sini dah RM400, siap diskaun dah tu.

Pasang kat bengkel AmatSpeed Langkap. Lupa plak nak beli bearing dia. Kos upah pasang, flush minyak, bearing, tukar seal itu ini semua kena RM320.

Usia clutch lama dekat 3 tahun gak la. Bezanya cuma yang lama guna cover biasa, brand Valeo gak. Boleh la..

Monday, August 13, 2012

DIY Automatic Disable Starter


DIY memakan masa 30 minit sahaja. Xperlu risau overcrank ataupun accidental crank lagik.

Tuesday, June 26, 2012

Dah ada DVD Double Din



Cap ayam jer la .. siap rear camera. Function stendet mcm DDin lain.

Friday, June 22, 2012

Makan modai

Tukar bateri baru ... welding front panel lagik ..

2 benda ni jer dah 400++ ... adeh.

Tengok gaya macam alternator jer yg problem nih,, guna bateri baru pun reading voltmeter lebih kurang sama gaya bateri sebelum ni gak.

Sunday, June 17, 2012

Aircond kembali sejuk..

Makan modai gak 700 lebih nak settle aircond ni. Tu pun recond compressor warranty 2 bulan.






Friday, May 25, 2012

Kembali pulih

Pulley Tensioner + Belt + Labor Charge = rm170 ... macam mahal jer

xde lagi paut stereng

Thursday, April 5, 2012

Pulley tension plak cabut..

Balik dari Perak, sok paginya check kondisi enjin (rutin la ni), tengok kat power belt untuk compressor aircond ngan pump power stereng ada bekas kat tepi.. mesti ada something wrong ni.


Bila check betul2, tengok pulley tensioner bawah tu dah senget kedudukannya...jadi belt tu dah makan tepi pulley compressor..


Memula saspek skru dia bengkok


Tapi bila bawak lepas tu, pulley tu terus tercabut ntah mana cicir (dekat sehari gak ler bawak keta ni). Bila tengok bekas pulley tu makan tapak..dekat nak putus dah. Tengok kat skru dia xde pun bengkok.. sah ler nat dia dah longgar pastu xperasan. Kalau ler awal2 dulu pi ketat balik nat tu.. xde la nak bawak keta dengan 'paut stereng' nih.

Monday, March 26, 2012

Downgrade


Kekurangan dana nak tukar tayar .. downgrade to rim 14"
Kondisi tayo ngan rim masih lagi elok

Monday, February 27, 2012

Balut hood

Membalut hood dengan sticker CF. Harga 5' x 5' cuma rm55. Memula cuci bersihkan hood t xmau bagi ada kotoran/batu2 kecik.


Peralatan asas


Spray permukaan hood dan gam stiker ngan air sabun


Ratakan guna tangan dulu pastu baru guna plastik tuh. Time ni tengah dok asyik buat sebelah, lupa nak sembur lagi ngan air sabun bahagian sebelah sebab bila air sabun tu dah kering, memang dia melekat terus. Learn thru' hard way ..


Siap trim dan lipat bahagian tepi tu.


Dah siap.. ada lagi bubble2 kecik.. jemur tengok leh hilang ke x ..


Closed up ... terserlah dia punya corak tuh.