Thursday, May 12, 2011

Wajah baru

Lom ada modai nak salin kulit..layan camni jer la dulu


Normal mode


High speed mode

Monday, May 9, 2011

Drive shaft plak

Otw ke Melaka, berenti R&R Seremban.. tengok rim dah ada corak baru


Cantik sungguh.. mula2 ingatkan minyak brek bocor, tapi bila tengok betul2.. macam gris. Jenguk2 belah dalam tengok dah berselupat gris merata2.


Masa ni xtau lagi secara kroniknya.. ingatkan getah cover yang kat driveshaft tu jer yang koyak. Tapi bila dah sampai destinasi, belok slow ke kanan ada bunyik 'ktak ktak ktak'... sah, xde benda lain..DRIVE SHAFT!!! Damn.. xsampai pun 2 tahun pakai dah start jahanam. Apakah kerana absorber yang dah kong menyebabkan jangkahayat drive shaft ni jadi pendek? (absorber kanan dah leaking).

Baru nak elok yang tu..yang ni plak rosak... modal lagi.

Saturday, May 7, 2011

Ada 2 set jer

Satu aku pakai satu mijan pakai .... rare (own version)




Nak kutuk... ikut suka la, bukan mintak duit korang pun..hahaha.. ker jeles sebab xreti nak wat camni?

Thursday, May 5, 2011

Wap air

Q1. Bosan dengan headlamp yang masuk air walaupun dah 100% seal dengan gam silikon, macam mana boleh masuk air plak?

A1. Kadangkala kata perasan dah 100% sealed, tapi sebenanrnya masih ada ruang2 antara sambungan cover dengan housing headlamp, so tengok betul2.

Q2. Datang daripada mana air tu? Lagi sakit hati bila wap menutup keseluruhan cover headlamp?

A2. Walaupun dah 100% sealed (termasuk 'lubang pernafasan') sebenarnya ada sedikit air/wap air yang terhasil semasa pemanasan (bila on headlamp) dan wap/air tu datang dari silikon gum tu sendiri (tindakbalas). Kemungkinan juga semasa proses percantuman cover ngan housing tu cuaca lembap, so bila lembap dengan 100% sealed, angin lembap akan terperangkap. Masa tu memang xnmpk lagi wap2 air yang ketara. Benda tu akan timbul bila nanti drive masa hujan/sejuk..baru la dia nmpk.

Q3. Benda apa 'lubang pernafasan' tuh?


A3. Tengok gambar atas.. yang berbulat kuning tu adalah sebahagian antara 'lubang2 pernafasan' yang ada. Lubang2 ni la bila ada air masuk, bila dah jadi wap, wap2 air tu akan keluar melalui lubang tuh.

Q4. Abih kalau dah berlubang camtu, lagi la senang air masuk, betul?

A4. Lubang2 tu selalunya akan di letak getah berbentuk 'U' (tengok gambar kecil), jadinya air xkan dapat masuk ke headlamp kecuali kereta tenggelam dalam banjir. Pemasangan dia pun (anak panah merah) mengarah ke bawah, jadi air xkan bertakung (dlm getah tu) dan masuk ke dalam headlamp. Jadinya jangan sesekali buh gam silikon kat lubang2 nih.

Q5. Abis tu nak buang wap air yang melekat kat cover belah dalam tu camner?


A5. Gini cara2 nyer..
- Bukak penutup belakang headlamp (tempat buh bulb tu)
- Keluarkan bulb dahulu.


- Ambik hair drier letak kat ruang tu.


- On kan hair drier tu, biarkan jer, selepas 3 - 15 minit..air yang melekat tu akan jadi wap slow2 dia kurang. Udara panas akan memanaskan ruang dalam lampu tu dan menukarkan titisan air tu menjadi wap (stendet la kan).



- Bila dah abis wap/air tu..off hair drier, biarkan dalam seminit (panas!!!) pastu baru pasang balik bulb dengan penutup getah tu.

Kaedah lain selain guna hair drier adalah dengan menjemur kereta anda dengan hud terbuka di tengah2 panas. Boleh juga guna kaedah hidupkan headlamp untuk memanaskan ruang dalam lampu tu, tapi kaedah ni sangat xsesuai untuk headlamp yang cover nyer adalah plastik kerana pancaran cahaya yang berterusan (dalam keadaan kereta xbergerak) akan menyebabkan plastik tu cair sedikit demi sedikit, walaupun headlamp anda adalah jenama yang tersohor. Xcaya boleh cuba.

Sunday, May 1, 2011

DIY xtentu hala


Asalnya plan nak buh dalam headlamp tuh..tapi dah try banyak kali, macam problem jer..so terpaksa cari solution lain. Jenuh gak mikir, akhirnya terpaksa buh kat bumper gak.

Proses pertama kena baraikan bumper tu, masa yang sama aku nak ganti ccfl merah tu ngan cover plastik headlamp yang dah kekaburan. Guna masking tape tu untuk guide banyak mana nak potong.


Banyak gak nak adjust bagi cun masuk DRL nih, tapi ni kira dah abis cun la. Problemnya dia sangkut sikit kat bracket besi bumper tuh, nak tak nak kena buh yang termampu je la.


Buh silikon keliling sebelum fix kat bumper tuh.


Testing dulu sebelum pasang


Kerja seterusnya ganti ring ngan cover plastik headlamp. Ni pun berkilat cerah elok pasai dah gosok ngan headlamp cleaner.


Siap.. cuma wiring tak lagi, tu pun direct tap jer.