Thursday, May 5, 2011

Wap air

Q1. Bosan dengan headlamp yang masuk air walaupun dah 100% seal dengan gam silikon, macam mana boleh masuk air plak?

A1. Kadangkala kata perasan dah 100% sealed, tapi sebenanrnya masih ada ruang2 antara sambungan cover dengan housing headlamp, so tengok betul2.

Q2. Datang daripada mana air tu? Lagi sakit hati bila wap menutup keseluruhan cover headlamp?

A2. Walaupun dah 100% sealed (termasuk 'lubang pernafasan') sebenarnya ada sedikit air/wap air yang terhasil semasa pemanasan (bila on headlamp) dan wap/air tu datang dari silikon gum tu sendiri (tindakbalas). Kemungkinan juga semasa proses percantuman cover ngan housing tu cuaca lembap, so bila lembap dengan 100% sealed, angin lembap akan terperangkap. Masa tu memang xnmpk lagi wap2 air yang ketara. Benda tu akan timbul bila nanti drive masa hujan/sejuk..baru la dia nmpk.

Q3. Benda apa 'lubang pernafasan' tuh?


A3. Tengok gambar atas.. yang berbulat kuning tu adalah sebahagian antara 'lubang2 pernafasan' yang ada. Lubang2 ni la bila ada air masuk, bila dah jadi wap, wap2 air tu akan keluar melalui lubang tuh.

Q4. Abih kalau dah berlubang camtu, lagi la senang air masuk, betul?

A4. Lubang2 tu selalunya akan di letak getah berbentuk 'U' (tengok gambar kecil), jadinya air xkan dapat masuk ke headlamp kecuali kereta tenggelam dalam banjir. Pemasangan dia pun (anak panah merah) mengarah ke bawah, jadi air xkan bertakung (dlm getah tu) dan masuk ke dalam headlamp. Jadinya jangan sesekali buh gam silikon kat lubang2 nih.

Q5. Abis tu nak buang wap air yang melekat kat cover belah dalam tu camner?


A5. Gini cara2 nyer..
- Bukak penutup belakang headlamp (tempat buh bulb tu)
- Keluarkan bulb dahulu.


- Ambik hair drier letak kat ruang tu.


- On kan hair drier tu, biarkan jer, selepas 3 - 15 minit..air yang melekat tu akan jadi wap slow2 dia kurang. Udara panas akan memanaskan ruang dalam lampu tu dan menukarkan titisan air tu menjadi wap (stendet la kan).



- Bila dah abis wap/air tu..off hair drier, biarkan dalam seminit (panas!!!) pastu baru pasang balik bulb dengan penutup getah tu.

Kaedah lain selain guna hair drier adalah dengan menjemur kereta anda dengan hud terbuka di tengah2 panas. Boleh juga guna kaedah hidupkan headlamp untuk memanaskan ruang dalam lampu tu, tapi kaedah ni sangat xsesuai untuk headlamp yang cover nyer adalah plastik kerana pancaran cahaya yang berterusan (dalam keadaan kereta xbergerak) akan menyebabkan plastik tu cair sedikit demi sedikit, walaupun headlamp anda adalah jenama yang tersohor. Xcaya boleh cuba.

1 comment: