Monday, January 24, 2011

FC terkini

Ni kiraan terkini FC untuk long distance (sempena berkursus kat Johor). Jarak aku kira guna google map jer, malas nak tengok odometer (memang ada ralat kalau nak compare ngan real). Jarak memang x fix sebab masih dalam pemilihan route mana yang sesuai. Tapi hasil kira semua sama jer. Ramai berpendapat RON97 bagus untuk long distance, so aku pun buat la ujian tu (ala2 Mythbuster la plak). Jenama petrol ofkoz la Shell (untung2 dapat hadiah).

Jenis RON : 97 (RM2.40 seliter)
Jarak : 536km (balik ke Perak)
Jumlah : 51.22 liter
Harga : RM122.93

Kesimpulan:
1 liter = 10.46km
RM1 = 4.36km (based on harga seliter)

----------------------------------------------------------

Jenis RON : 97 + 95 (sebab ada balance lagi)

Jarak : 487.5km (balik ke Johor)
Jumlah : 50.84 liter
Harga : RM96.60

Kesimpulan:
1 liter = 9.59km
RM1 = 5.05km (based on harga seliter)

----------------------------------------------------------

Jenis RON : 95
Jarak : 488km (balik ke Perak)
Jumlah : 50.45 liter
Harga : RM95.86

Kesimpulan:
1 liter = 9.67km
RM1 = 5.09km (based on harga seliter)

----------------------------------------------------------

Jenis RON : 95
Jarak : 452km (balik ke Johor)
Jumlah : 41.97 liter
Harga : RM79.74

Kesimpulan:
1 liter = 10.77km
RM1 = 5.66km (based on harga seliter)

----------------------------------------------------------

Jenis RON : 95
Jarak : 542km (balik ke Perak)
Jumlah : 54.79 liter
Harga : RM104.12
Kesimpulan:
1 liter = 9.89km
RM1 = 5.20km (based on harga seliter)

----------------------------------------------------------

Jenis RON : 95
Jarak : 530km (balik ke Johor)
Jumlah : 50.13 liter
Harga : RM95.25
Kesimpulan:
1 liter = 10.57km
RM1 = 5.57km (based on harga seliter)

----------------------------------------------------------

Jenis RON : 95
Jarak : 482km (balik ke Perak)
Jumlah : 53.45 liter
Harga : RM101.55
Kesimpulan:
1 liter = 9.01km
RM1 = 4.75km (based on harga seliter)

Akan dikemaskini dari semasa ke semasa

Saturday, January 22, 2011

Kronologi: Cari penyakit

Tukar Iridium IX plug = rm180
Wideband = rm80
Servis radiator = rm65
Radiator cap = rm13
Skim head + metal gasket = rm630
Cable plug = rm130
Total = rm1098

Puncanya? Silap pilih kedai ... asalnya memang xde masalah apa2, tapi dek sebab nak tuning safc2 tu la terus jadi camni... so, sapa2 yang cadang nak pi tuning (entri terdahulu) kat Zero4 tu, fikir2 la dulu. Tapi kalau setakat nak pegi sbb nak beli barang2 performance, ok la. Tapi tu la, ni semua kes depa wat tuning tu la (sampai overheat la), xkan nak ngaku plak kan dia yang buat sampai jadi camtu(overheat), ye x? Mulanya ingat waterpump, radiator, radiator cap dan termostat punya problem. Risik punya risik pomen kedai yang ke4 bagitau gasket mungkin bocor. Penyudahnya skim head sikit buh metal gasket, terus elok. Kereta nak pakai sbb nak long distance pi Johor, sib baik siap last2 minit.

Dah tu berjangkit plak mende lain, cable plug no4 wat hal (putus dalam kot). Mungkin sebab dah banyak kali pasang cabut, pasang cabut masa proses nak trace problem overheat, tuko gasket semua tu la (benda dah lama, tunggu masa nak kong la kot). Api xberapa kuat bila low rpm..dah macam motorbot plak bunyi. Pegi woksyop lak, pomen cari merata kat halfcut (area Johor Jaya, Desa Cemerlang, Mount Austin)..xde menda alah ni..huh tensen tul. Bila dah xde, pasang balik yang rosak tu la, ada elok sikit. Mungkin dia ter'touching' la benda/komponen dalam cable tuh..so sesah jer la sampai Senawang pinjam cikgu Nadli nyer cable, terus pecut sampai umah.


Kesimpulan dan pengajarannya:
1. Jangan dengar sangat cakap2 orang .
2. Part2 yang rare dan juga kritikal mesti ada spare.

Back to basic ...



Friday, January 14, 2011

Makan modai... - The return

Radiator dah servis
Cap radiator dah tuko
Termostat dah check - xde, sbb owner lama dah buang
Waterpump pun dah check, masih ok
Kipas berfungsi sepenuhnya

Laluan ujikaji:
Tol Gopeng - Tol Ipoh selatan (xsampai pun)
Merembat ala kadar jer

Keputusan:
Temperature masih lagi naik gila2
Something wrong somewhere - suspek utama gasket head.

Penyelesaian:
Skim head + Metal gasket = Makan modai

Tempoh:
Paling cepat 2 hari sadai kat bengkel = Sempat ker?

Efek tambahan:
re-Wideband tuning = Makan modai lagi


Kuat sangat kot...



Serius... aku xpaham..kali ni jer dah berapa kali dok repair benda nih. Adakah output terlalu kuat , enjin + gearbox terlalu berat atau memang benda ni low quality ataupun sebab solid mounting atau gak pasal spring terlalu keras (orang lain pakai adjustable gila2 keras pun xde rasanya mengadu pasal benda ni). Sebelum ni aku dah tambah plet+welding sbb dah start retak 2-3 tempat. Pastu dia retak tempat sebelah yang buh plet besi tuh. Pastu tambah lagi plet yang lebar sikit kunun nk bagi reinforce, pun jadi gak. Elok jer plak tu sebelah tempat welding tu dia retak..


Closed up


Dan yang paling mengerikan bila tengok dari pandangan sebelah dalam plak. Karat.. mungkin sbb pomen tu dan aku sendiri tak spray anti rust (apa2 je la) kat belah dalam tu kot. Kena plak tu air dari radiator, air ujan, air cucian + bahan kimia masa cuci kereta..ni semua punca2 yang menyumbang pada kehadiran ferum oksida (karat) tu la.


Closed up


Ni kalau xbukak radiator untuk diservis (yang ni masalah lain plak)..confirm memang xkan tau sampai la satu masa nanti bila crossmember tu jatuh menyeret jalan (boleh jatuh ker)?, masa tu baru la tau kenapa dia jatuh.

Benda front panel ni ada yang suggest suruh ambik halfcut punya sbb depa bagitau barang2 jepun ada kualiti dan juga tahan lama. Mungkin ada gak betulnya. Dah satu hal nak kena masuk dalam list pembelian akan datang.. haih..bila la nak cat baru kalau dok asyik tuko benda2 yang tiba2 datang xdijangka nih.

Thursday, January 13, 2011

Wideband


Semalam pi Zero4 sebab nak tuning Imamura tu la. Pakai dah dekat 2 tahun tapi xpenah anto wideband tuning...kejadahnya (penah gak anto sekali, tapi agak kurang meyakinkan la setting dia tuh). Sebelum tu, aku tukar plug la dah alang2 nak buat mende tu kan. Lagipun ada hubungkait gak. NGK Iridium IX ..depa citer (depa la) plug ni bagus... aku layankan jer la, nak gak tengok kombinasi plug+tuning cun punya result.


Sambil2 tu aku nak kumpul data2 dari tuner yg buat benda ni..saja nak tengok camner depa punya pengiraan/mode/setting dlm bab2 wideband tuning nih.

Ni setting yang sekali aku buat dulu ...tuner dari melaka (jasin kot)


Setting tuner Zero4


Depa lenjan gila2 sampai temp naik ...haduiii

Friday, January 7, 2011

Cermin depan

"U punya cermin ni import punya ka?" Soalan bonus depa tanya masa aku nak pasang tinted. Aku mana ler tau.. Ada beza ker aku tanya balik...dia bgtau kalau tempatan (local) punya xkembung. Aku yer kan jer la.

Aku tukar tinted cermin depan tu sebab dah teruk sangat. Filem dia tuh dah start mengelembung mungkin pasal pemasangan dulu tak berapa betul kot. Konon nak bagi matching dengan cermin cromax pintu, tapi bila dah pasang warnanya terlebih cromax ...gasak ler. Tu pun tadi dah nak terambik yang gelap sikit, nasib baik ler. Lepas ni tengoklah kalau ada modal lebih, sebelah belakang tu pun aku nak tinted kaler yang sama. Cuma cermin pintu ni jer la, sama ada nak tukar asal pastu tinted atau nak kekalkan cromax sedia ada. Belum tau lagi.

Nampak gak ler kaler coklat dia tuh


Kembung ker?


Dah balik tadi aku try compare ngan sate lain punya cermin...memang ada beza, kembung dia tuh. Mungkin la betul gak cakap cina kedai tu tadi.