Monday, December 7, 2009

Kos Tinggi ....

Cerita bab kos plak, macam2 penggantian dan pembelian yang memerlukan kos yang tinggi (bagi aku ler) jika dibandingkan dengan usia kereta tu. Antaranya:

1. Tukar panel depan 1 set baru.

2. Tukar rim + tayar baru.

3. Tukar GAB HiLo adjustable HA Series (yang akhirnya akan bertukar kembali kepada sistem suspensi asal juga).

4. Tukar driveshaft (2 kali plak tu).

5. Tukar bumper Promote ver 2.

6. Tukar set timing belt.
7. Tukar BR Clutch kit dengan balancing flywheel.
8. Adjust caster balik + tukar steering rack.

9. Rewrap interior.
10. Beli cromax glass 2 keping.
11. Beli SAFC2.
12. Mohawk monoblok amp + low noise RCA cable.
13. Repair ecu.


Senarai penggantian dan pembelian tu semuanya yang melibatkan kos rm300 ke atas. Yang lain2 kos bawah rm300 tu jangan cerita la.

Update ker?


Dah lama xupdate blog nih..hahaha..giler busy ah sejak join MAST nih. Kiranya, dari masa ke masa aku duk tambah @ upgrade @ downgrade @ modify apa2 benda yang aku suka la kat jentera baru nih. Boring ler plak kalau duk saja xder keje nak buat. So better aku luahkan keboringan tu dgn buat benda2 yg aku suka... Antara yang aku buat:

1. Tukar ring LED tu pada ring merah CCFL (yg ni memang rare..sbb custom made). Percaya atau tidak, 2 bijik jer kete yg ada ring merah yg aku custom nih. Satu lgi member aku nyer, Wira la tapi. Dan kalau perati betul2, kedudukan ring CCFL ni aku ubah, xmacam ring CCFL putih mcm biasa yang mana putus cahaya ring tu aku buh atas.. xde la nmpk cam pelik jer dari jauh.

2. MIVEC activation lamp... guna shift lite cap ayam. Yang ni pada mulanya aku buh LED tu kat meter tapi akhirnya jadik kes yg tak dijangka sehingga menyebabkan salah satu komponen ecu aku terbakar. Nasib ler kos repair tu takde la semahal mengganti ecu yang lain. Belajar daripada pengalaman beb..

3. Cat balik plug ngan intake cover bg cun skit pastu tuko sistem pernafasan yg open punya. Open pod tu aku beli APEXi punya (taiwan ler) menggantikan airbox asal. Orang ckp Blitz la bagus, K&N la bagus, HKS la bagus... tapi dah APEXi ni yang bagus untuk bajet aku time tuh.. ambik je la. Duit aku, sukati aku ler nak pakai apa.

4. Projek nak soundproofkan kete.. postpone sbb kekurangan dana.. hahaha.. togel dah bhgn dalam. Aku plan mulanya nak buh 1st layer Dampening Mat, pastu 2nd layer buh Superlon dan akhir sekali kapet besar tempah khas punya (ganti kapet asal). Yang ni mungkin makan masa skit la. Selain tu aku bukak panel dalaman sebab nak cat itam bagi matching tema dalaman. Pillar cover aku balut fabrik itam, kapet bubung aku rewwrap ngan fabrik itam seat pun re-fabrik. Serba hitam la kiranya. Amp Mohawk yang kecik tu pun dah sampai hayatnya, so aku sambar Mohawk Monoblok 500.1 silver version, guna untuk punch sebijik Mohawk 12" DVC Red Series (sebijik lagi aku nak let go). Yang amp satu lagi tu aku guna untuk component speker depan.

5. Tuko cermin pandang belakang yg panjang skit sbb nnak cover blind spot (alasan bodo). Cermin asal aku buang, tinggal dia punya housing jer. Lepas tu aku skru kan cermin aftermarket ni kat housing tuh. Kebaikan pakai cermin ni dia leh cover blindspot tapi kekurangan dia plak, xleh adjust reduce silau kalau orang belakang follow guna Hi Beam.

6. Buh maplamp GSR... saja nak bagi terang kokpit. Asalnyer kaler mcm grey, tapi sebab nak bagi matching dgn kapet bumbung aku spray itam jek. Tinggal butang dia tu jek yg kaler asal (tu pun xlama lagi jadik hitam gak ler). Dok mencari Waja punya maplamp, tapi jumpa yang ni pun konsider ok gak ler.

7. Pasang meter 3 beradik Mitsubishi versi NA nyer..(bukan yg mcm selalu ada boost meter tuh). Memang agak payah nak cari white face NA (Volt, Oil Temp, Vacc) punya, selalu yang ada pun versi Turbo (Volt, Oil Temp, Boost). Ni pun dapat tapi sensor plak takder..dah satu kerja nak cari sensor... postpone lagi wiring meter sebijik tu, yang 2 bijik ok dah.

8. Tebo timer cap ayam buh kat gear console (walaupun aku NA, tapi dah xder jual NA timer, nak wat camner). Timer ni pun aku layang kaler hitam gak. Saja bubuh kat situ, lain daripada yang lain.







9. Tanam SAFC2 D1 Imamura version dlm meter .. (antara gadget rare yang ada). Aku dapat benda ni kiranya murah juga la. Sekarang ni versi hitam pun cecah RM900++ .. Tune? Aku tune2 bodoh macam tu jer dulu. Belum pi anto buat tuning betul2. Nanti2 lah. Kenapa letak kat situ? Saja, lain daripada yang lain. Selain tu faktor keselamatan pun yer pasal per aku buh kat situ. Sendiri mau ingat beb... geng si capang makin hari makin ramai.


Saturday, April 11, 2009

Reborn

Awal tahun 2008 bermulalah episod lain di mana setelah selama beberapa bulan kehilangan kereta yang lama tu, aku mencari pengganti plak. Kali ni memang aku nekad kalau nak cari pun model yang sama tapi yang pasti enjin mesti dah di'convert'. Pilihan utama tentulah bernadikan 1.6 mivec. Akhirnya dapat gak jumpa last2 kat used car area......cheras kot..ntah aku lupa. Kereta tahun, model lebih kurang sama macam yang dulu tapi bezanya cuma enjin tu ler. Lain2 stendet cuma ada sikit2 brg yg dah ditukar macam driver side full bucket (Bride), passenger side semi bucket (Cap Ayam) dan juga spoiler ikan pari.

Bila semua urusan jualbeli dah settle, perkara pertama dalam kepala aku..ubahsuai. Antara yang terawal diubahsuai:

1. Hood mivec
2. Seat guna seat kereta lama.
3. Spoiler mivec
4. Headlamp Eagle Eye
5. GTi (fiber) bumper belakang

ni ler benda paling awal aku tukar.

Sunday, April 5, 2009

Ending




Segala-galanya berakhir pada 8 Disember 2007. Kereta kesayangan aku ni telah terlibat dengan kemalangan yang agak ngeri juga. Syukur padaNya kerana masih melindungi keluarga kami. Kemalangan berlaku kat simpang pegi ke Temoh. Dari segi logiknya, salah tu bukan terletak pada aku sbb sepatutnya kereta Iswara yang nak masuk simpang bertentangan tu patutnya kena tunggu jalan clear baru melintas masuk ke simpang tu. Mulanya dari jauh aku tengok kereta tu dah elok tunggu kat tengah jalan tapi bila aku dah dekat (ada la dalam 30-40meter) tiba2 dia start belok. Aku yang masa tu agak laju juga terus break (xsempat capai handbrake) cuma yg aku ingat 2-2 tangan aku dalam kedudukan 9-3, wife aku plak sebelah tangan pegang dashboard, sebelah lagi tengah pangku anak. Dalam 10 meter gak ler kereta aku bergerak dalam keadaan tayar terkunci (terseret jer kiranya). Dengan momentum kereta yg tengah laju, xkira lagi inersia yang terhasil, akhirnya terus menghentam bahagian lampu depan (driver side) Iswara tu pastu berpusing kearah bertentangan dari mula2 aku datang tadi. Impact dia aku xrasa sangat mungkin sebab kereta tu tengah menggelungsur kot. Yang aku sedar tiba2 asap putih penuh dlm kereta, rupa-rupanya airbag tu meletup. Dalam kelam kabut tu, aku try bukak pintu tp xboleh sebab dah tersangkut. Aku jerit suruh bukak pintu sebelah sebab anak aku dah start batuk sebab terhidu gas airbag tu, aku pun dah rasa sesak nafas. Wife aku nak pengsan tapi sempat gak bukak. Bila dah keluar, aku terus capai anak aku, wife aku terbaring kat tepi. Mujur jugak ler xsampai beberapa saat, ada kereta berenti bagi bantuan. Dalam pada tu aku rasa xpuas hati dgn driver Iswara tu, terus aku maki dia. Dia keluar dr kereta tu siap sengih lagi dengan mulut berdarah. Sial tul. Mujur jer aku pegang anak aku. Pemandu kereta yang tolong tadi terus hantar kami ke Hospital Kampar. Aku bersyukur sebab xde apa2 cuma wife aku sedikitterkejut, anak aku sesak nafas sikit. Aku cuma luka kecik kat lutut sebab terhentak kat panel dashboard tu. Tapi bila tengok balik stereng SRS tu, frame dia (bulatan tu)bengkok. Kira kuat juga la tangan aku menahan sampai bengkok camtu. Panel dashboard yang kat speaker tu pecah sebab berlaga dengan lutut. Rear view mirror plak sampai pecah cermin nyer...padahal xkena apa2 pun, sama juga bumper belakang, pecah. Kuat xkuat impact sampai jadik macam tu. Body kereta belah driver jangan cerita la..

Kereta tu yang xsedapnya memang xboleh nak claim insurans sebab enjin xendorse lagik. Nak buat camner..dah xder rejeki. So aku ambik la mana2 parts yang boleh pakai/jual. Sekarang ni yang tinggal cuma rangka. Yang lain semua dah selamat. Dengan kejadian ngeri yang menimpa, maka berakhirlah juga riwayat kereta yang telah banyak meninggalkan kenangan dan juga yang telah mengubah corak kehidupan aku.

Wednesday, April 1, 2009

Changing And Maintainance

Kali ni kiranya kali keempat aku tukar rim..saja-saja tukar angin. Ikut sedap mata aku memandang ar. Kalau orang cakap rim tu berat, tapi mata aku memandang cantik, aku peduli apa. Hehehe... yang ni kiranya aku tukar dr rim WiSE ke rim JRD. Trade in tambah 3ratus jek siap tayar, ok ler tu.







Haaa... yang ni plak aku ambik cover enjin WiSE buh tutup enjin aku. Sebabnya nak bagi nampak macam enjin stendet sebab enjin ni belum endorse lagi. Penah jadi sebelum ni kena tahan masa roadblock JPJ, bila dia tanya pakai enjin apa, aku jawab enjin stendet, nasib baik dia xsuruh bukak bonet. At least xler nampak sangat bila dah letak cover ni.



Yang ni plak mungkin dah sampai masa hayat cermin depan aku kot. Benda ni jadi masa aku balik kerja. Depan aku ada sebiiji kancil dok follow lori bawak batu. Time tu memang aku nampak dah batu2 kecik dok jatuh dari lori tu. Bila kancil tu potong, selamat, aku pun nekad gak nak potong lori tu. Nasib kurang baik elok jer nak potong, lori tu langgar lubang kecik, apa lagi berguguran ler batu2 tu jatuh. Apa lagi retak 1000 ler cermin nih. Ceh kurang asam tul. Dekat 30km gak ler aku drive sampai rumah macam orang rabun, nasib baik cermin tu xjatuh berderai. Kos ganti balik yang baru (double layer) kena la 450. Buta jek abis duit camtu.


Transformed

Kali ni memang dah xtau nak buat apa lagi dah... aku tukar bumper Promote ver 2 lepas tu cat balik 1 body ikut warna terdahulu.

Selain itu ada juga penambahan yang aku buat sendiri (DIY la kiranya) antara yang aku buat lampu merah kat radiator tu (guna sportlight tinted merah) dan juga neon tube kat bumper belakang.



Setelah boring dengan penampilan headlamp stendet yang dah di'tinted' tu, aku bertukar angin ke headlamp yang lebih menarik lagi; Original Eagle Eye Projector with LED ring. Haaa.. time tu kiranya memang mahal tahap cipan lampu ni. Kos siap pasang 1k, pergh..nasib baik ler leh swipe. Bergaya sakan ler time tu kiranya sebab boleh dikira la berapa banyak kereta yang pakai headlamp ni. Kalau sekarang, dengan brand cap ayam pun dah murah, kira xheran dah kalau pakai pun. Lagipun sekarang ni bukan LED, tapi CCFL dah.






Transformation

Setelah hampir 2 tahun guna kereta ni, enjin mula menunjukkan tanda2 yang kurang baik. Oleh yang demikian, aku bercadang untuk tukar kepada enjin yang lebih power (xler power sangat). Enjin yang menjadi pilihan adalah versi 1.5 DOHC (4G91) injection. Merata aku pegi carik enjin ni sampai ke Penang. Disebabkan beli melalui kawan pastu kurang bagi maklumat, maka dia dah terambil enjin yang Auto, aku suruh cancel tapi kedai tu mula2 xsetuju nak bagi semua deposit (aku buh 1k deposit) dengan alasan dia dah turun halfcut tu la apa..last2 aku rugi buta jek 2ratus. Lepas tu aku cari balik member aku yang belikan kereta ni nak suruh dia cari kat belah2 Shah Alam plak. Aku pesan siap2 kat dia kos xlebih 4k siap pasang (time tu enjin ni xler mahal macam sekarang ni). Tak lama lepas tu dia cakap ada halfcut tu. 2 minggu juga proses transformasi tu. Nasib ler kos tu xlebih lagi. Masa yang sama juga aku tukar bonet depan tu dgn member aku tu sbb dia tengah cari bonet stendet masa tu. Kira swap free ler dengan dia. Bumper depan pun aku terpaksa tukar sebab nak bagi padan dengan bonet baru ni. model apa aku xtau ler bumper ni tapi ada yang cakap macam Honda nyer bumper.

Theme


Bila dah masuk bulan ketiga, penampilan kereta ni makin bertambah lain . Bodykit aku masukkan bodykit GTi tapi masih mengekalkan skirt dan spoiler terdahulu (rojak ler kiranya). Semua material bodykit ni adalah fiber (time tu PU xglamer lagi). Bila dah complete pasang, aku hantar kedai cat. Mulanya aku mintak cat kaler putih Honda tu (putih apa ntah namanya) tapi mungkin disebabkan tokey tu konpius, dibubuh nyer kereta tu kaler pearl white. Kos keseluruhan cat body ada ler dalam 2k lebih sikit. Aku pun xkisah ler asalkan kaler tu xputih macam Proton punya putih (lama-lama jadik putih telur). Fikir punya fikir tetiba aku dapat idea untuk memberi tema pada kereta aku ni. So aku guna tema watak kartun favourite aku 'Transformers' yang lebih menjurus kepada watak jahat (decepticon). Xder pikir panjang aku pun pegi kedai stiker (Konzo sticker) tempah logo decepticon untuk bubuh kat bonet depan tu. Kos siap pasang stiker tu cecah gak 3 ratus lebih, tapi disebabkan ingin kelainan, apa sangat lah dengan jumlah tu. Stiker ni aku guna jenis yang reflect, so bila malam dia punya effect tu nmpk lain la skit. Satu lagi aksesori tambahan yang aku letak adalah underbody neon (time tu tengah gila pasal Fast and Furious nyer movie). Kosnya pun boleh tahan juga, 4 batang neon siap pasang 3 ratus lebih. Kaler asal neon tu adalah pink (sbb order merah xder stok), jadi aku balut tiub tu dengan tinted merah. Bercerita bahagian dalaman pulak, seat depan belakang aku dah tukar. Seat depan tukar guna AE101 punya, manakala belakang guna mirage cyborg punya. Harga seat depan trade in dengan yang asal dalam 250 jer, sama gak dengan seat belakang. Sistem audio asal aku tukar mula-mula dengan player Mohawk, 2 ch Amp (1000w), 2 ch Amp (600w), 2 x 12" Subwoofer, component sumernya brand Alfa Linear dengan kos keseluruhan mencecah 2k lebih. Lepas tu xlama aku tukar plak subwoofer 12"Bazooka (Double Voice Coil) tapi disebabkan amp xlarat nak support, aku tukar lagi dengan subwoofer 12" Mohawk Red series (DVC jugak) tapi kali ni amp pun aku tukar juga (Mohawk 800w). Cukup la dengan 2 ch punya, nak beli monoblok mahal sangat. Time ni aku belanja gila-gila, ye la sebab masih bujang lagik.