Monday, December 12, 2011

LED DRL+LED Strobe = daripada jauh kereta depan dah siap2 bagi laluan = kurang guna hi beam .. panjang jangkahayat bulb
Red CCFL Ring = on masa drive santai2 jer ...


Monday, November 28, 2011

Twin DRL

Lama sangat tersimpan, nak lego pun xde sapa nak.. aku buh jer benda ni kat bumper.. Tinggal carik flash controller jek.

Sunday, November 27, 2011

Revcut & MIVEC activation reading



Stendet reading ... reading untuk MIVEC activation leh refer kat MIVEC panel tuh bila dia tuko kaler biru.

Tuesday, November 22, 2011

Reddish..

Terkini...

LED merah menyuluh kaki driver... saja xtau nak buh apa..ni pun baru buh sebelah. Guna 3 keping module 3 SMD LED

Monday, November 21, 2011

Sensor biol

Seminggu x running enjin.. O2 sensor pun biol..reading naik turun x mcm biasa.


Sunday, November 20, 2011

Hi speed blink LED



Bila on? Bila tengah laju jer.. hehe. Dia punya blink pun xmcm yang selalu depa guna tu yer.. yang tu blink jenis yang lori pakai jer.


Monday, June 27, 2011

Cuci-cuci Throttle Body

Aktiviti mengisi masa lapang dan untuk mengurangkan tahap kolestrol yang tinggi..

Effect sebelumm dan selepas dicuci = hampir tiada perbezaan
Kesan nyata secara fizikal= bahagian dalaman tampak lebih berkilat daripada sebelumnya (xpasti untuk berapa lama)
Persoalannya: Kenapa dia boleh kotor padahal angin masuk ikut filter, pastu kotoran jenis hitam berminyak melekit.. nak kata dari outlet rocker cover, xde pun cucuh hose dia kat lintah tu. Misteri...

Berkilat


Kotoran bahagian dalam intake


Setelah dicuci setakat yang termampu dicapai

Thursday, May 12, 2011

Wajah baru

Lom ada modai nak salin kulit..layan camni jer la dulu


Normal mode


High speed mode

Monday, May 9, 2011

Drive shaft plak

Otw ke Melaka, berenti R&R Seremban.. tengok rim dah ada corak baru


Cantik sungguh.. mula2 ingatkan minyak brek bocor, tapi bila tengok betul2.. macam gris. Jenguk2 belah dalam tengok dah berselupat gris merata2.


Masa ni xtau lagi secara kroniknya.. ingatkan getah cover yang kat driveshaft tu jer yang koyak. Tapi bila dah sampai destinasi, belok slow ke kanan ada bunyik 'ktak ktak ktak'... sah, xde benda lain..DRIVE SHAFT!!! Damn.. xsampai pun 2 tahun pakai dah start jahanam. Apakah kerana absorber yang dah kong menyebabkan jangkahayat drive shaft ni jadi pendek? (absorber kanan dah leaking).

Baru nak elok yang tu..yang ni plak rosak... modal lagi.

Saturday, May 7, 2011

Ada 2 set jer

Satu aku pakai satu mijan pakai .... rare (own version)




Nak kutuk... ikut suka la, bukan mintak duit korang pun..hahaha.. ker jeles sebab xreti nak wat camni?

Thursday, May 5, 2011

Wap air

Q1. Bosan dengan headlamp yang masuk air walaupun dah 100% seal dengan gam silikon, macam mana boleh masuk air plak?

A1. Kadangkala kata perasan dah 100% sealed, tapi sebenanrnya masih ada ruang2 antara sambungan cover dengan housing headlamp, so tengok betul2.

Q2. Datang daripada mana air tu? Lagi sakit hati bila wap menutup keseluruhan cover headlamp?

A2. Walaupun dah 100% sealed (termasuk 'lubang pernafasan') sebenarnya ada sedikit air/wap air yang terhasil semasa pemanasan (bila on headlamp) dan wap/air tu datang dari silikon gum tu sendiri (tindakbalas). Kemungkinan juga semasa proses percantuman cover ngan housing tu cuaca lembap, so bila lembap dengan 100% sealed, angin lembap akan terperangkap. Masa tu memang xnmpk lagi wap2 air yang ketara. Benda tu akan timbul bila nanti drive masa hujan/sejuk..baru la dia nmpk.

Q3. Benda apa 'lubang pernafasan' tuh?


A3. Tengok gambar atas.. yang berbulat kuning tu adalah sebahagian antara 'lubang2 pernafasan' yang ada. Lubang2 ni la bila ada air masuk, bila dah jadi wap, wap2 air tu akan keluar melalui lubang tuh.

Q4. Abih kalau dah berlubang camtu, lagi la senang air masuk, betul?

A4. Lubang2 tu selalunya akan di letak getah berbentuk 'U' (tengok gambar kecil), jadinya air xkan dapat masuk ke headlamp kecuali kereta tenggelam dalam banjir. Pemasangan dia pun (anak panah merah) mengarah ke bawah, jadi air xkan bertakung (dlm getah tu) dan masuk ke dalam headlamp. Jadinya jangan sesekali buh gam silikon kat lubang2 nih.

Q5. Abis tu nak buang wap air yang melekat kat cover belah dalam tu camner?


A5. Gini cara2 nyer..
- Bukak penutup belakang headlamp (tempat buh bulb tu)
- Keluarkan bulb dahulu.


- Ambik hair drier letak kat ruang tu.


- On kan hair drier tu, biarkan jer, selepas 3 - 15 minit..air yang melekat tu akan jadi wap slow2 dia kurang. Udara panas akan memanaskan ruang dalam lampu tu dan menukarkan titisan air tu menjadi wap (stendet la kan).



- Bila dah abis wap/air tu..off hair drier, biarkan dalam seminit (panas!!!) pastu baru pasang balik bulb dengan penutup getah tu.

Kaedah lain selain guna hair drier adalah dengan menjemur kereta anda dengan hud terbuka di tengah2 panas. Boleh juga guna kaedah hidupkan headlamp untuk memanaskan ruang dalam lampu tu, tapi kaedah ni sangat xsesuai untuk headlamp yang cover nyer adalah plastik kerana pancaran cahaya yang berterusan (dalam keadaan kereta xbergerak) akan menyebabkan plastik tu cair sedikit demi sedikit, walaupun headlamp anda adalah jenama yang tersohor. Xcaya boleh cuba.

Sunday, May 1, 2011

DIY xtentu hala


Asalnya plan nak buh dalam headlamp tuh..tapi dah try banyak kali, macam problem jer..so terpaksa cari solution lain. Jenuh gak mikir, akhirnya terpaksa buh kat bumper gak.

Proses pertama kena baraikan bumper tu, masa yang sama aku nak ganti ccfl merah tu ngan cover plastik headlamp yang dah kekaburan. Guna masking tape tu untuk guide banyak mana nak potong.


Banyak gak nak adjust bagi cun masuk DRL nih, tapi ni kira dah abis cun la. Problemnya dia sangkut sikit kat bracket besi bumper tuh, nak tak nak kena buh yang termampu je la.


Buh silikon keliling sebelum fix kat bumper tuh.


Testing dulu sebelum pasang


Kerja seterusnya ganti ring ngan cover plastik headlamp. Ni pun berkilat cerah elok pasai dah gosok ngan headlamp cleaner.


Siap.. cuma wiring tak lagi, tu pun direct tap jer.

Saturday, April 23, 2011

Arch fiber


Tuko keliling fender arch ni..alang2 tu buh sekali getah pelapik. Ala-ala macam bodikit keta2 sekarang ni la. Walaupun fiber, asah elok2 bagi dia cun2 melekap kat body. Pastu layang spray tin flat black

Cable oh cable



Bagi pengguna tegar MIVEC yang lebih menjurus kepada stendet setup ... benda ni memang agak penting untuk diadakan spare setnya. Bukan apa, dah ler nak cari susah nak jumpa, kalau ada pun rege stendet leh dapat yang NGK biru nya ... Cable Plug.

Aku ada 2 set benda alah ni. Set kedua tu beli pun terpaksa sebab set sedia ada, cable paling panjang (no 4) dah putus kat dalam kot, bila low rpm, enjin sengguk2, bila hi rpm elok jer jalannya. Plak tu yang problemnya set kedua ni..benda yang sama jadi, cable No 4 pun camtu gak. Nak cari satu lagi? Makan modai weh.. so nanti2 la. Untuk penyelesaian jangka pendek, aku terpaksa relocate coil assy tuh pastu guna cable No 3 set kedua.

Pening juga memikior...abis cun pun letak kat sebelah intake tuh. Cuma ada beberapa perkara yang x berapa nak cun, antaranya:

1. Cable No 1 dah mcm jadik terpanjang plak sbb kedudukan coil assy tu yg dah terlalu dekat.
2. Intake cover xleh nak sarung, sbb sangkut ngan Power TR ngan soket coil.

Bagi mengurangkan tensen sebab 'ketidakcunnan' perkara tersebut, aku telah spray coil tuh jadik warna merah untuk menunjukkan semangat motorsport yang tinggi walaupun enjin stendet kangkang. (ADA KAITAN KER?)



Saturday, April 2, 2011

Menghampiri had

Mengekori Waja CPS kepunyaan Pegawai Penyiasat (seperti yang tertera kat bumper belakang) otw balik Perak semalam. Polis (polis la kot) pun bawak berdesup camtu, siap mencilok antara lane kat hiway tuh.. per citer. Kalau patrol car mungkin la (dalam ssenario hi pursuit).. tapi ni mungkin dia saja2 nak layan boring kot. Mulanya tengok keta ni memang lane kanan, tapi xde la nak laju sampai >160kmj, tapi bila aku dah duk belakang dia... wah dengan pantas terus memecut.. hahahaha.. CPS pikap mmg agak slow tapi top dia leh gak tahan ler leh reach 180 tu, kene plak Auto. Kiranya 2-3 kali gak ler adegan potong-memotong menyilang lane..last sekali dia sangkut kat area exit Labu kot mungkin silap perkiraan dia (lagipun kat situ memang agak pack skit trafik, so kalau silap perkiraan masa potong silang lane ni memang duk belakang la). Bukan niat nak lumba pun, dah jadi habit aku duk belakang keta laju ni, bukan apa...depa2 ni la yang akan bukak laluan bila trafik xberapa lancar. Selalunya keta2 laju ni depa akan bukak lampu (selalunya bukak hi beam)..so aku ikut jer la blkg dia tuh..senang skit la. Agak2 dah lama sangat follow, aku plak take over. Gitu la kisahnyer. Tapi kalau yang laju tu keta2 mewah (Bimmer ker, Merc ker, Audi ker)..depa ni xdelah kisah sgt ada org follow rapat. Yang ampehnyer keta2 laju yang seangkatan dan datang daripada kilang yang sama.. yang ni memula dia konon2 pecut bila ada org follow rapat, pastu kat depan slow lagi..pastu pecut lagi (nak bakar line la tuh).. sori beb, jenis driver camni memang aku follow, bagi dia chance buat camtu..bila ada peluang, memang aku tinggal terus (xkira la skill apa aku pakai masa drive kat hiway time tuh..legal ker illegal, as long as tak follow driver perasan yang kunun kete dia power sesangat). Mengganggu konsentrasi pemanduan aku jer.


* Gambar kurang memuaskan

Thursday, March 24, 2011

Penyakit keturunan

Tak tau nk ckp apa lagi la... kali ni sudah 4 kali pi tampung benda ni... buat sini, dia pi jadi tempat lain.. yang hanginnya tu elok2 sebelah tempat yang ditampung tuh... nampak sangat kualiti besi tu memang tak bagus (atau enjin terlalu kuat? - xmungkin). Ataupun sebab penggunaan satu jer full mounting (sbb yg belakang guna biasa punya) .. atau perlu kah ganti kedua2 mounting guna full type? Kalau kata nak pakai mounting stendet, kompom2 la tahan seminggu jer pastu koyak.

2 minggu sebelum (ni kira baru perasan ler)


2 minggu selepas (retak menanti belah, seinci lagi mau putus front panel ni)


Welding lagik


Result



Ni pun xtau la berapa lama leh tahan. Depa ckp pakai ebo3 punya tahan skit ... makan modai lagik la nampaknya..

Sunday, February 27, 2011

Evolusi airbox

Macam2 idea timbul pasal airbox ni .. daripada nak bagi angin sejuk masuk intake, angin sejuk direct, xnak bagi angin panas dr engine bay masuk intake..macam2 la... Depa citer konsep nyer kalau angin sejuk masuk combustion chamber, pembakaran akan jadi lagi bagus dan tahap kuasa yg dikeluarkan plak akan bertambah.... back to basic; kena refer pada subjek Kimia+Fizik la kot

Ok, ni step by step evolusi yang telah berlaku
Original airbox


Tukar open pod


Buh airbox prototaip (guna kotak streamyx-in-the-box tu)


Balut air ram plak dengan heatproof foam



Guna air ram ori + open pod


Modify airbox original direct inlet CAI



Latest ... heatshield + CAI + air ram ori + open pod