Friday, September 24, 2010

Media player



Ok.. aku baru beli benda ni dengan harga yang agak murah. Sebab apa aku ckp murah? Sebabnya..kalau tengok specs yg dia bagi tu compare ngan media player yang lain ..memang ni la yang termurah (setakat ni). Dengan keupayaannya yang mampu memainkan format2 berikut:
1. AVI
2. RM
3. RMVB
4. MKV
5. MOV
6. MP4
7. AVC
8. FLV
9. VOB
10. DAT
11. MPG
12. MPEG
13. DIVX
rasanya kalau media player lain mau rege mahal kan? Kalau yg sama rege dengan dia ni pun, belum tentu support semua format2 tadi tu (terutama format MKV dan juga FLV). Sumer tu format video ..belum lagi aku listkan utk format audio dan gambar (yang ni sumer standard format la). Benda ni ada port USB 2.0 dan juga slot SD Card. Sekarang ni pun dah ada SD card yang berkapasiti besar, yangmana cukuplah kalau setakat nak layan video2 muzik donlod dari Youtube tuh. Tadi dah try 3-4 format video.. ok la. Kalau format FLV (donlod dari Youtube) yang HD tu..memang clear sungguh la..tu belum lagi format AVI (yang ni kalau movie memang nmpk sharp la).


Plan akan datang? Rasanya aku plan nak bubuh benda ni kat dalam sate aku tu..cuma ada beberapa permasalahan yang harus difikirkan terlebih dahulu. Antaranya:
1. Tempat nak bubuh benda ni (permanent).
2. Power supply 5V (kene step down voltage sedia ada 12V)
3. Relocate port USB dan slot SD tu (supaya senang nak plug in USB thumbdrive @ external harddisk dan juga SD card).

Kot mana pun mesti ada proses pembaraian@dismantle benda ni sebab nak merealisasikan plan tuh. Malas aku nak buat benda ni portable (nak guna baru pasang, xguna bukak balik), so better aku 'permanent'kan jer. Untuk projek ni, aku rasa nak beli sebijik lagi (yang ni aku guna dalam rumah) sebab aku tengok ada yang kaler hitam. So, tunggu je la update akan datang.

Monday, September 20, 2010

Fuel Consumption

Saja aku nak listkan data2 yang aku dapat. Benda ni aku buat sebelum minyak naik harga lagi. Time tu xsilap seliter rm1.80. So gini lah hasilnya:

Tarikh: 13 Sep 2009 (Malam)
Petronas RON95
300km = RM63.08 (35.045 liter)
Kadar penggunaan setiap liter (RM1.80) = 8.56km

Tarikh: 15 Sep 2009 (Siang)
Petronas RON95
300km = RM70.27 (39.039 liter)
Kadar penggunaan setiap liter (RM1.80) = 7.68km

Tarikh: 24 Sep 2009 (Malam)
RON95 Shell
300km = RM52.00 (28.889 liter)
Kadar penggunaan setiap liter (RM1.80) = 10.38km

Tarikh: 16 Jan 2010 (Siang)
RON95 Shell
300km = RM53.00 (29.444 liter)
Kadar penggunaan setiap liter (RM1.80) = 10.19km

Tarikh: 17 Jan 2010 (Malam)
RON95 Shell
300km = rm61.82 (34.372 liter)
Kadar penggunaan setiap liter (RM1.80) = 8.73km

Tarikh: 26 Mei 2010 (Malam) - Gaya baru
RON95 Shell
300km = rm53.10 (29.500 liter)
Kadar penggunaan setiap liter (RM1.80) = 10.17km

Tarikh: 4 Jun 2010 (Malam) - Gaya baru
RON95 Shell
300km = rm50.27 (27.928 liter)
Kadar penggunaan setiap liter (RM1.80) = 10.74km

Tarikh: 6 Jun 2010 (Malam) - Gaya baru
RON95 Shell
300km = rm58.32 (32.40 liter)
Kadar penggunaan setiap liter (RM1.80) = 9.26km

Tarikh: 15 Ogos 2010 (Malam) - Harga baru RM1.85
RON95 Shell
320km = rm57.91 (31.30 liter)
Kadar penggunaan setiap liter (RM1.85) = 10.22km

Kesimpulannya? Ntah ler ..pada aku ok kot dengan tabiat memandu aku yang kadang2 ilang akal (tapi masih waras la)

Friday, September 17, 2010

Projek mega


Pinjam gambar seller dari LYN...

Ni projek yang agak besar gak ler..selain memenatkan, menyusahkan dan juga memeningkan kepala. Projek yg kunun2 nak bagi senyap skit bila duduk dlm kereta. Bahan utama dalam projek ni adalah dampening mat (bitumen) serta insulflex (foam). Kos bahan jer rasanya dalam rm300 lebih kot (tu pun xcover semua bahagian). Tapi papehal pun aku agak puas hati dengan result nyer.

Langkah pertama projek ni merupakan satu kerja yang agak menyukarkan ; bukak dashboard (nak ikut xpayah bukak pun xper), bukak seat depan belakang dan bukak kapet besar serta cuci lantai (sental).


Berserabut tul wayar2 tuh.. ni kalau buat Pemeriksaan Pakar Bomba kompom kantoi beb. Salah satu sebab bukak dashboard adalah nak kemasskan balik wayar2 tuh.


Sental lantai tu guna sabun serbuk basuh baju dengan berus sabut. Pada dasarnya memang dah ada bitumen mat tu (OEM) tapi disebabkan usia kereta yang telah mencecah lebih sedekad jadi keberkesanannya mungkin dah kurang (agaknya la).


Sementara menunggu lantai tu kering sepenuhnya..aku kemaskan balik wayar2 tuh pastu pasang balik dashboard. Lantai dah kering terus aku bentang dampening mat tuh. Disebabkan dia datang dengan saiz yang besar (4' x 3') jadi mudah la nak letak. Kalau nak potong pun sikit2 jer. Keseluruhannya dalam 4 keping dampening mat aku guna untuk cover bahagian dalam tu (xtermasuk space untuk tayar spare kat belakang tuh). Penat xyah cerita la, peluh mencurah2 dah macam buat PT test 3.2km plak.


Akhir sekali aku buh insulflex kat belakang kapet lantai yang besar tuh. Ni nak cerita aku pakai kapet GTi beb. Selain kaler dia yang hitam, kualiti dia pun jauh beza dengan kapet sate model2 biasa nih. Dengan ketebalan insulflex (6mm) tambah lagi dengan tebal kapet tu.. memang kiranya macam pijak kapet kat hotel2 taraf 3 bintang gak la. Tapi yang masalahnya bila nak pasang kene tekan kuat2 sebab dah tebal sangat.


Akhirnya setelah bersusah payah memasang balik semua sorang2 tanpa bantuan sesiapa, aku rasa puas hati sangat2. Mission accomplish. Tinggal nak carik sikit lagi untuk cover bahagian belakang kat spare tyre tuh jer.

Thursday, September 16, 2010

Dekat setahun xupdate..



Hehehe.. time2 camni bila drive hiway malam2 kat lane kanan sekali, xyah bagi hibeam..dr jauh kete dah bagi laluan (mungkin nak tau kete apa yg ada ring merah camni) ..Kene plak kete2 yg seangkatan tu yg bagi laluan (kete Proton la) ..elok nampak rupanya sate (ingatkan BMW, tu pasal bagi laluan kot)..terus dengan pantas dia nak overtake semula (malu la kot). Kene plak kete dia tu henjen tebo (banyak kali dah jadi camni). Ada gak kete yg dah kuar2 dr kilang memang power..kadang2 bagi laluan gak..ye la mungkin depa paham aku nak laju time tuh. Tapi aku cukup hangin jenis driver yg kuang ajaq.. kete xde la besaq mana, duk lane kanan bagi2 hibeam kunun nak laju. Bila dah potong, xde pun nak laju sangat..duk depan aku jer pun. Kalau jenis driver camni..memang aku potong balik la (xkira la aku potong ikut lane mana) pastu tinggal jauh2..fed up weh kalau lama2 dok follow driver2 camni, lama2 leh ilang konsentrasi wooo.

Back to subject, seberapa lama aku xupdate, selama itu la banyak proses penukaran, penambahan, penggantian, perubahan dan modifikasi yg berlaku. Antara penambahan2 kecil adalah (termasuk yang DIY):

1. Ni..USB charger port yg aku dah modify. Xde sebab pun saja jer nak memenuhkan dashboard aku dengan benda2 yg xde kat dashboard orang lain.


2. Smoked red CCFLv(xdelah nampak sgt kaler merah ring tu bila siang). Orang Penang cakap xde la juah sangat. Kang nanti terang sangat orang ingat lampu brek plak.


3. tukar balik suspension system R3 spring + GAB Abs (swap ngan member). So far ok la, balance. Xdelah macam pakai ejastebel dulu..kat hiway dah macam naik kuda walaupun layan koner sesedap menjilat jari. Tu menatang ejastebel camber (yer kot namanya) tak lama lagi aku nak tuko yg asal..macam leceh jer guna benda ni.


4. AFR meter (DIY kit). Benda ni aku order dari obersi (Australia) ..memula ingat benda dah siap macam tu..rupanya dia datang dlm bentuk komponen asing2..so kiranya proses dia dari zero la..kene tengok part by part, buh kat PCB pastu solder..leh tahan gak tahap kesabaran aku time tuh.


Mengenangkan regenyer yang mahal jer, RM295 xsilap aku kos nyer termasuk kos pos. Yg ni reading ikut narrowband punya sensor (EGO sensor asal). Jadinyer reading pun xse'accurate' wideband punya AFR gauge.

5. Ni, benda yang bagi orang lain mcm xde pekdah tapi bagi aku ada bagusnyer; battery solar charger + battery indicator. Kiranya leh tau tahap kesihatan bateri la (walaupun dah ada 2 voltmeter dalam kokpit). Alah..benda murah jer, beli ngan runner apkat rm45 siap pos. Carik la kat memana kedai accesories kalau jumpa dengan rege tu.


6. Tukar maplamp GSR yg biasa tu dengan maplamp+rooflamp besar punyerrr...maplamp perdana. Bagus nyer rooflamp ni leh ejas dia punya dim tuh .. lagipun beli dengan harga murah, mungkin owner lama xtau market price benda ni kot (rm40 jer).


7. Background meter lamp ni jadik inspirasi aku..

Tapi bila aku tuko bulb dalam tu dengan CCFL tube..hasilnya xseperti yang diharapkan (at least better la daripada buh LED base bulb). Pasni xtau la apa plak aku nak buat. Mungkin tuko ngan Red EL punya background (AUSD295 tu regenyer).


8. Buh meter Mitsubshi 3 beradik kat armrest. Jenuh memikir memula nak letak mana, yela aku nak masukkan auto indash monitor kat tempat yg ada tuh. So idea nyer adalah buh meter2 tu kat armrest (terpaksa swap armrest sedia ada dgn member). Ada yang pelik kenapa aku buh kat situ.. pedulik apa aku, bukan sepanjang masa tengah drive nak tengok meter2 tuh.


9. Last sekali penambahan kecil yang aku buat adalah 'Dark On Switch'. Benda ni adalah merupakan hobby kit yg banyak jual kat kedai elektronik. Fungsi dia bila gelap, suis on. Jadi aku implimentkan menda ni untuk menghidupkan secara automatik spotlite tuh. Kadang2 bila masuk terowong, kita lupa nak on lampu (untuk keselamatan), so kat sini la benda tu berfungsi. Selain tu, cuaca gelap dan hujan juga dia akan hidup dengan sendirinya.



Perati kotak itam belakang mivec indicator lamp (yang ni pun aku dah tukar yang kecik skit) tuh.