Friday, September 24, 2010

Media player



Ok.. aku baru beli benda ni dengan harga yang agak murah. Sebab apa aku ckp murah? Sebabnya..kalau tengok specs yg dia bagi tu compare ngan media player yang lain ..memang ni la yang termurah (setakat ni). Dengan keupayaannya yang mampu memainkan format2 berikut:
1. AVI
2. RM
3. RMVB
4. MKV
5. MOV
6. MP4
7. AVC
8. FLV
9. VOB
10. DAT
11. MPG
12. MPEG
13. DIVX
rasanya kalau media player lain mau rege mahal kan? Kalau yg sama rege dengan dia ni pun, belum tentu support semua format2 tadi tu (terutama format MKV dan juga FLV). Sumer tu format video ..belum lagi aku listkan utk format audio dan gambar (yang ni sumer standard format la). Benda ni ada port USB 2.0 dan juga slot SD Card. Sekarang ni pun dah ada SD card yang berkapasiti besar, yangmana cukuplah kalau setakat nak layan video2 muzik donlod dari Youtube tuh. Tadi dah try 3-4 format video.. ok la. Kalau format FLV (donlod dari Youtube) yang HD tu..memang clear sungguh la..tu belum lagi format AVI (yang ni kalau movie memang nmpk sharp la).


Plan akan datang? Rasanya aku plan nak bubuh benda ni kat dalam sate aku tu..cuma ada beberapa permasalahan yang harus difikirkan terlebih dahulu. Antaranya:
1. Tempat nak bubuh benda ni (permanent).
2. Power supply 5V (kene step down voltage sedia ada 12V)
3. Relocate port USB dan slot SD tu (supaya senang nak plug in USB thumbdrive @ external harddisk dan juga SD card).

Kot mana pun mesti ada proses pembaraian@dismantle benda ni sebab nak merealisasikan plan tuh. Malas aku nak buat benda ni portable (nak guna baru pasang, xguna bukak balik), so better aku 'permanent'kan jer. Untuk projek ni, aku rasa nak beli sebijik lagi (yang ni aku guna dalam rumah) sebab aku tengok ada yang kaler hitam. So, tunggu je la update akan datang.

No comments:

Post a Comment