Saturday, October 30, 2010

Bukak dashboard mitsu?



Sapa yang pernah bukak ok la, sapa yang xpernah bolehlah ambik sedikit panduan kat sini (aku pun main agak2 jer dulu nak bukak dashboard ni).


Haaa...yang bertanda bulatan kuning tu la kedudukan skru (ker nat?) saiz 10 yang perlu dibuka. Untuk kereta2 proton yang seangkatan dengan wira @ satria @ putra @ arena yang dah guna dashboard ni/yang baru nak tukar ke dashboard ni, sila ambil perhatian yer bahawa skru (ker nat?) belah atas kiri dan kanan (dekat vent tuh) semestinya bukan ikut lubang nat yang asal. Yang tu kene tengok betul2, kengkadang orang yang pasang dashboard sebelum ni dah tebuk lubang lain (sebab lubang dash mitsu xmatching dengan lubang dash proton).

Peralatan yang perlu ada:

1. 'T' spanar saiz 10 (panjang sejengkal lebih tu kira ok la).
2. Spanar 10.
3. Screwdriver mata Philips dan juga mata rata.

Langkah2 awal nak bukak dashboard ni adalah:

1. Bukak meter panel (segala yang berkaitan dengan meter tu la).
2. Bukak headunit (segala yang ada kat panel tuh).
3. Bukak tray air tuh (kalau ada).
4. Bukak centre panel (jangan lupa cabut soket suis defogger ngan hazrd lamp tuh).
5. Bukak aircond panel (kalau yang aircond manual ada sedikit susah la)
6. Umpil dan keluarkan aircond vent yang belah atas, kiri dan kanan (bentuk lonjong tu).
7. Umpil dan keluarkan aircond vent belah kanan (cabut soket suis foglamp sekali), vent sebelah kiri tu xyah bukak.
8. Umpil dan bukak serta cabut soket2 suis berikut (kalau ada); side mirror dan rear wiper.
9. Bukak cover dashboard speaker kiri kanan.
10. Bukak glove box.
11. Bukak stereng cover dan juga bottom stereng panel.
12. Bukak stereng (untuk memudahkan kerja).

Sebelum keluarkan dashboard daripada kereta, pastikan soket meter (biru dan coklat) dan juga soket speedo (putih) tu dah dikeluarkan daripada tempatnya (kang xleh nak bukak dasboard tu plak sebab sangkut). Rujuk gambar bawah ni, tengok soket meter ngan speedo.


Rasanya..tu je la kot nak kene buat kalau nak bukak dashboard ni daripada kereta anda. Bila kata umpil tu.. umpil slow2 yer..maklumlah ada juga part2 yang sensitip (sebab dah berusia) dan mudah patah. Jika anda seorang yang mempunyai tahap ingatan yang lemah, sila "TAG" siap2 segala soket dan wayar yang anda cabut @ buka. Boleh juga siapkan checklist langkah2 proses ni supaya senang nanti nak double check (kot ada yang tertinggal step). Saya tidak menjamin apa2 jua yang berlaku sekiranya berlaku kegagalan dalam proses ini.





Monday, October 4, 2010

Tak sempat nak beli sebiji lagi...........

Macam yg aku bgtau sblm ni ..nak buh menda Media Player ni kat dlm sate, nampaknya tak perlu nak tunggu lama2 (walaupun ada niat nak beli sebijik lagi). Idea dapat dalam masa nak melelapkan mata, kira idea tu datang complete sekali la camner nak setelkan semua masalah yang aku fikirkan sebelum ni.

So projek ni konsepnyer aku buh kat dalam armrest tuh pastu extend kan dia punya IR sensor receiver keluar dari armrest tu (xkan nak bukak armrest tiap kali nak on kan Media Player tuh). Bahan2 utama projek ni selain Media Player tu adalah:
1. Phone car charger.
2. USB cable (female).
3. Basic DIY tools.

Memula kuarkan kotak dari armrest tuh. Tebuk bahagian dalam untuk memudahkan nak cucuk AV cable nanti.


Dah siap tebuk, letak cun2, tanda tempat nak tebuk skru. Yang ni aku guna skru asal dia tuh.


Seterusnya proses penguraian.
1. Relocate IR receiver sensor - Extend guna wayar panjang pastu letak kat cap gear console.


2. Relocate USB port - Guna USB female , tebuk housing, gam dan solder wire ikut port asal.


3. Rewiring power supply - Xnak guna jack. Aku guna in-car phone charger sbb nak step down dari 12V ke 5-6V (ikut specs Media Player tuh).


Setelah selesai semua proses tadi..sekarang ni proses pemasangan plak, satu hal plak nak bukak gear console tuh. Punca kuasa aku tap dari wayar power headunit. Audio aku cucuk kat AUX IN headunit, Video aku cucuk kat VIDEO IN monitor. IR sensor tu nampak kene perkemaskan lagi.


Hasilnya? Memang berbaloi la dengan kos Media Player yang murah tu. Nak control function guna remote pun memang mudah. Cuma sekarang ni kena cari SD card yang berkapasiti besar. Senang sikit, xpayah nak guna thumbdrive (boleh gak kalau nak guna).

Menu.


Test guna format FLV (download dari Youtube) versi HD. Memang cun abis.


Dah try play 3 jam non-stop ..memang xde masalah. Format lain macam AVI, MKV, DAT pun dah try.. semua berfungsi dengan jayanya. Mungkin ada R&D akan datang..sapa tau.