Saturday, October 30, 2010

Bukak dashboard mitsu?



Sapa yang pernah bukak ok la, sapa yang xpernah bolehlah ambik sedikit panduan kat sini (aku pun main agak2 jer dulu nak bukak dashboard ni).


Haaa...yang bertanda bulatan kuning tu la kedudukan skru (ker nat?) saiz 10 yang perlu dibuka. Untuk kereta2 proton yang seangkatan dengan wira @ satria @ putra @ arena yang dah guna dashboard ni/yang baru nak tukar ke dashboard ni, sila ambil perhatian yer bahawa skru (ker nat?) belah atas kiri dan kanan (dekat vent tuh) semestinya bukan ikut lubang nat yang asal. Yang tu kene tengok betul2, kengkadang orang yang pasang dashboard sebelum ni dah tebuk lubang lain (sebab lubang dash mitsu xmatching dengan lubang dash proton).

Peralatan yang perlu ada:

1. 'T' spanar saiz 10 (panjang sejengkal lebih tu kira ok la).
2. Spanar 10.
3. Screwdriver mata Philips dan juga mata rata.

Langkah2 awal nak bukak dashboard ni adalah:

1. Bukak meter panel (segala yang berkaitan dengan meter tu la).
2. Bukak headunit (segala yang ada kat panel tuh).
3. Bukak tray air tuh (kalau ada).
4. Bukak centre panel (jangan lupa cabut soket suis defogger ngan hazrd lamp tuh).
5. Bukak aircond panel (kalau yang aircond manual ada sedikit susah la)
6. Umpil dan keluarkan aircond vent yang belah atas, kiri dan kanan (bentuk lonjong tu).
7. Umpil dan keluarkan aircond vent belah kanan (cabut soket suis foglamp sekali), vent sebelah kiri tu xyah bukak.
8. Umpil dan bukak serta cabut soket2 suis berikut (kalau ada); side mirror dan rear wiper.
9. Bukak cover dashboard speaker kiri kanan.
10. Bukak glove box.
11. Bukak stereng cover dan juga bottom stereng panel.
12. Bukak stereng (untuk memudahkan kerja).

Sebelum keluarkan dashboard daripada kereta, pastikan soket meter (biru dan coklat) dan juga soket speedo (putih) tu dah dikeluarkan daripada tempatnya (kang xleh nak bukak dasboard tu plak sebab sangkut). Rujuk gambar bawah ni, tengok soket meter ngan speedo.


Rasanya..tu je la kot nak kene buat kalau nak bukak dashboard ni daripada kereta anda. Bila kata umpil tu.. umpil slow2 yer..maklumlah ada juga part2 yang sensitip (sebab dah berusia) dan mudah patah. Jika anda seorang yang mempunyai tahap ingatan yang lemah, sila "TAG" siap2 segala soket dan wayar yang anda cabut @ buka. Boleh juga siapkan checklist langkah2 proses ni supaya senang nanti nak double check (kot ada yang tertinggal step). Saya tidak menjamin apa2 jua yang berlaku sekiranya berlaku kegagalan dalam proses ini.





No comments:

Post a Comment