Tuesday, November 30, 2010

Sentuhan powder coat

Sebelum ni nampak huduh jer hasil daripada kerja tangan owner lama yang malas nak bukak RC tu. Atas enjin macam tu jek dia spray cat.

Anjakan paradigma: candy red done by joe aka rempojo...


juga tak ketinggalan ..extractor shield


gam gasket plak terlebih.........nubis tul ah aku bab2 nak bukak pasang henjen nih.

Bezakanlah ...

Wednesday, November 24, 2010

Apa ada kat dalam....


SAFC 2 Imamura Edition..

Saja xde keje aku bukak benda ni. Jangan tanya apa fungsi benda ni..korang google la sendiri. Aku cuma nak tengok dan juga nak buat sedikit personal marking, bukan apa..kot2 benda ni kene curik nanti (harrap2 xde la), so senang la nak trace. Aku penah amalkan kaedah ni kat walkman aku dan ianya sungguh berkesan (ni cerita dulu2 la sebagai contoh jer).

Jadi..inilah apa yang ada kat dalam isi perut piggyback nih..

VFD screen (before)


VFD screen (after). Aku buh tinted merah...jangan tanya kenapa


Bahagian belakang circuit board


Made in Japan (ori la kiranya yer?)


Serial number (ada guna ker?)


Personal marking yang aku buat


Nak lukis 4 leaf clover..tapi salah la plak...hahahha


Dah buat sedikit kajian dan telitian serta perubahan, aku pasang balik la. Ejas VFD brightness pada maximum pun xberapa nampak bila siang, kalau malam ok la (buka nak tengok sangat pun reading dia tiap masa). Yang pastinya nombor dan angka tu kaler merah ..


Yang membezakan versi ni dengan versi hitam dan biru selain kaler housing adalah 'opening ceremony' dia..tu jer..yang lain fungsi sama jek.

Tuesday, November 23, 2010

Vol 2. (sendiri bikin) cuci headlamp plastic cover

Headlamp dah start mengalami sindrom kekaburan. Benda ni disebabkan material cover plastic tu la. Even keta2 mahal yang pakai headlamp jenis cover plastik ni pun akan kabur/pudar kekuningan. Yang ni aku nak tunjukkan apa yang aku buat bila dia dah kabur yer..yang retak2 halus tu lain pulak caranya. Yang tu kena gosok ngan kertas pasir dulu (payah step ni).

Bahan utama dia adalah 'Headlamp Cleaner'. Banyak jenis, banyak jenama dijula kat kedai aksesori. Belilah ikut kemampuan korang. Kat pasar malam pun ada jual jenis dlm botol mineral tu (bukan yang syampu keta atau pengilat tayar tu). Selain tu kena ada kain yang lembut dan bersih. Pastikan ianya bersih (kering) dan tiada benda2 lain yng melekat walau sekecil hablur2 pasir. Korang mesti tak mau kalau plastic tu nanti bercalar-balar walaupun ianya bersih kan?


Sebelum pergi langkah seterusnya, lihat dulu keadaan cover plastik ni (tak namak sebab kecik? Klik la gambar tuh).


Memula cuci bersih2 headlamp tu dari segala kotoran dan juga bangkai serangga yang melekat. Lepas tu letak sedikit pencuci tu kat kain tadi dan sental permukaan plastik tu dalam bentuk pusaran. Sental keseluruhan permukaan plastik tu sampai la puas hati yang kabur/pudar tu hilang. Letih memang tak boleh nak cakap la. Kalau ada mesin polish tu mungkin boleh juga guna kot. Ok kalau rasa permukaan luar sahaja yang kabur, tak perlu la cuci yang sebelah dalam. Tapi kebiasaannya sebelah dalam pun akan kabur juga dek kepanasan cahaya lampu tu yang dinyalakan dalam masa yang lama. Ulang langkah yang sama tadi untuk permukaan dalam pula.

Bila dah betul2 puas hati luar dalam dah bersih, cuci balik guna sabun ataupun pencuci lain (kalau boleh jenis cecair la). Bilas betul2 sampai hilang sabun tu plak, kang nanti nampak bekas tinggalan sabun tu. Bila dah siap jemur terus, tak payah lap. Sebelum tu kitai2 (tau ker kitai tu apa?) la dulu bagi kurang titisan air kat plastik tu (nak memendekkan jangkamasa jemuran kat panas). Bila dah betul2 kering terus angkat dan pasang balik kat housing dia.

Yang ni dah siap, aku tak pasang lagi la, sebab yag ni spare jek (malas nak bukak pasang bumper buat masa ni sebenarnya). Bezakanlah dengan gambar memula tadi.

Friday, November 19, 2010

Throttle body kotoq

Ni kira cuma nak terangkan serba sedikit cara2 mencuci throttle body (TB) - dan mungkin manifold sekali kot- guna ThreeBond Engine Cleaner (3bond). Benda ni aku beli dari seller kat LYN. Harga pun xde la mahal mana. Rasanya setakat ni kalau nak carik kat kedai2 biasa xde kot...kalau ada pun mungkin mahal sikit daripada harga yang aku beli ni.


Ada macam2 kaedah nak cuci TB ni..tapi disebabkan malas aku nak membuka nyer..so guna cara yang mcm ni je la. Ni gambar TB dan juga dalaman manifold yang mampu diambil dengan kamera enset.

Jelas sekali kekotorannya kan?

So kalau ikut step by step yang disarankan adalah seperti berikut (based on enjin injeksen yer):
1. Bukak air ram intake pipe.

2. Idupkan kete dalam 5 minit pastu off enjin.

3. Sembur (goncang ler dulu tin tuh) 3bond selama 30 saat (kat dalam TB dan manifold tu) dan tunggu 3 minit (masa ni dia jadik berbuih pastu nampak kotoran tu tanggal sendiri.


4. Idupkan enjin dan mentenkan rpm pada kadar 1000rpm-2000rpm. Masa yang sama sembur bagi abis 3 bond tu ke dalam TB. Yang ni rev enjin guna tangan la (kecuali ada org lain tolong pijak pedal). Masa yang sama asap putih akan berkepul2 keluar dari muncung ekzos dan juga ada titisan air keluar.


5. Biarkan enjin hidup sampai la xde lagi asap putih tu keluar (tapi kalau dah kereta memang dari azali keluar asap sbb ring piston haus..xyah la tunggu kunun nak sampai asap putih tu xkeluar) pastu off dan pasang balik intake hose tadi. Selesai.

Kalau tengok cara pembersihan dia mudah sekali, bahan dari 3bond tu membersihkan karbon sambil jadi buih pastu buih bersama kotoran tadi masuk ke kebuk pembakaran (masa yang sama mencuci kebuk pembakaran juga termasuk plug) dan terbakar bersama2 pastu keluar melalui saluran ekzos. Konsepnya sama macam D'Carbo (yang ni pun aku dah try dulu) cuma bezanya D'Carbo tu dia masukkan bahan pembersih melalui hos vakum yang mana rasanya bahan tu tak akan melalui dan mencuci TB.


Keputusannya?




Perfomance? Xpayah la sembang dengan sebab benda yang xberapa ringgit ni nak sembang naik 5hp la, 7hp la, pikap lebih la, minyak save la ... xpayah. Bagi aku benda2 tu kalau ada pun kira bonus la. Yang penting benda bersih dan mudah serta menjimatkan masa tanpa memberi kesan sampingan.

Dan yang paling mengujakan, selama ni meter AFR DIY ni hanya menunjukkan bacaan AF dari range 14.8 - 15.3 jer (kununnya campuran AF tu maintain jer la) tapi lepas cuci dengan 3bond ni, bacaan dia berubah2 dengan jelas tiap kali tekan pedal dan juga lepas pedal minyak. Maknanya masa yang sama benda ni cuci O2 sensor sekali kot (masa pelepasan karbon2 tu melalui ekzos). Mungkin la kan..


Lepas ni mungkin aku akan beli lagi mende 3bond ni dan target aku kali ni nak cuci betul2 dalam manifold tuh. 1 tin tu kiranya kalau kereta baru boleh la..karbon xberapa nak berkerak lagi. Yang ni kiranya try n error jer. Tapi disebabkan result yang sangat memberangsangkan, so akan datang aku buat yang lain.

Monday, November 15, 2010

CAI


COLD AIR INTAKE ... dah lama aku nak buat, tapi baru2 ni aku beli dengan harga yang agak murah, so kiranya ada la benda aku nak buat time2 cuti ni. Benda ni pun xpasti la boleh mendatangkan performance secara mendadak ker apa...tapi boleh la kalau setakat nak tambah peralatan kosmetik kat keta korang.

Langkah pertama adalah melebarkan bibir funnel tuh.. ada sebabnya aku lebarkan. Nak lebarkan dia cuma kena ketuk sikit atas dia tuh.


Lokasi nak letak hose tu? Ada orang buh tepi (kiranya tebuk tepi bumper la), ada gak yang buh depan. Bagi aku dah alang2 nak bubuh, baik bubuh depan..senang skit angin masuk direct dari depan. Jenuh gak mikir, sudahnya cuma ada satu tempat yang sesuai, tu pun kena potong la nak bagi muat hose tu.


Dah potong


Masukkan hose..ni pun jenuh masukkan sebab xberapa besar (ni kira dah abis besar leh potong)


Potong bumper (guna kaedah tradisional) nak letak funnel tuh


Siap.. 47 lubang sumernyer..


Trim cantik2 lubang tuh pastu try dengan funnel


Dah siap pasang balik bumper, masukkan hose dalam funnel. Hose pi salur dekat2 kat air filter. Projek nak buat box dia belum jalan lagik.


Wednesday, November 3, 2010

Tayar baru

Dekat 2 tahun gak la pakai Falken Ziex 912 siam tuh... kiranya memang puas hati (bagi aku la) dengan keupayaannya. Bunga dia pun last2 minute ni jer makan agak xrata mungkin disebabkan proses penjajaran yang kurang cun. Segalanya bermula (kalau xsilap aku la) selepas aku tukar tulang anjing yang atas tuh kepada jenis bolehlaras punya (mungkin depa xejas betul2 menda tuh). Bila tengok dari belakang, memang nampak jelas tayar belakang terkangkang sedikit. Rujuk gambar bawah ni ..yang line merah tu untuk tayar belakang, line kuning tayar depan. Tu baru tengok mata kasar..


Cerita bab tayar baru ni..brand Achilles made in Indon. Traction AA, Treadwear 400, Temperature A, MfgCode 1810. Rege yang agak berpatutan (bajet pun xberapa rancak nak sambar Falken Ziex macam dulu nyer), Rm180 sebijik. Jenis bunga plak 2 belah..so boleh kalih luar dalam la ni.


Standard tayar buatan Indon ...bunga memang keras tahap gila (tu pasal Treadwear 400 kot). Sama gak macam tayar Forceum (pakai kat Waja)..beli sama tarikh dengan Falken..tapi samai sekarang bunga macam xterusik pun sedangkan yang Falken dah botak habis. Bunyi dengungan jangan cerita la..dah macam naik Land Rover 110. Yang Achilles ni kurang sikit la dengungan dia.


Dah test dalam 2-2 keadaan (basah dan kering)..setakat ni xde masalah untuk jalan kering. Pun begitu bila jalan basah dengan kelajuan <140kmj masih lagi memberi cengkaman pada permukaan jalan. Ambik corner (kat highway) pun xde masalah, mungkin sebab bunga masih tebal lagi kot.


Bolehla...................

"Treadwear grades are an indication of a tyre's relative wear rate. The higher the treadwear number is, the longer it should take for the tread to wear down."

Vol 1. (sendiri bikin) sticker eyelid



Fesyen mata kuyu ni akan menambahkan lagi ke'low profile'an keta korang. Nak buat dia takdelah sesusah mana. Bahan utama dia cumalah stiker yang ada dijual merata2 tu. Bagi kes ni, aku guna 2 lapis stiker berlainan kaler. lapisan pertama guna stiker itam (nak menghalang cahaya headlamp tu tembus). Lapisan kedua barulah stiker yang sebetulnya (ikut kaler body la).

Step 1 : Buat garisan/guide banyak mana nak meng'kuyu'kan headlamp tuh guna masking tape.


Step 2 : Lapisan pertama - stiker hitam (flat black type)


Step 3 : Lapisan kedua - stiker reflect putih


Putuskan stiker tu kat sambungan headlamp dgn signal.


Close up


Setel!! ......... model di atas adalah daripada sate lama aku tuh...