Monday, November 15, 2010

CAI


COLD AIR INTAKE ... dah lama aku nak buat, tapi baru2 ni aku beli dengan harga yang agak murah, so kiranya ada la benda aku nak buat time2 cuti ni. Benda ni pun xpasti la boleh mendatangkan performance secara mendadak ker apa...tapi boleh la kalau setakat nak tambah peralatan kosmetik kat keta korang.

Langkah pertama adalah melebarkan bibir funnel tuh.. ada sebabnya aku lebarkan. Nak lebarkan dia cuma kena ketuk sikit atas dia tuh.


Lokasi nak letak hose tu? Ada orang buh tepi (kiranya tebuk tepi bumper la), ada gak yang buh depan. Bagi aku dah alang2 nak bubuh, baik bubuh depan..senang skit angin masuk direct dari depan. Jenuh gak mikir, sudahnya cuma ada satu tempat yang sesuai, tu pun kena potong la nak bagi muat hose tu.


Dah potong


Masukkan hose..ni pun jenuh masukkan sebab xberapa besar (ni kira dah abis besar leh potong)


Potong bumper (guna kaedah tradisional) nak letak funnel tuh


Siap.. 47 lubang sumernyer..


Trim cantik2 lubang tuh pastu try dengan funnel


Dah siap pasang balik bumper, masukkan hose dalam funnel. Hose pi salur dekat2 kat air filter. Projek nak buat box dia belum jalan lagik.


No comments:

Post a Comment