Tuesday, November 23, 2010

Vol 2. (sendiri bikin) cuci headlamp plastic cover

Headlamp dah start mengalami sindrom kekaburan. Benda ni disebabkan material cover plastic tu la. Even keta2 mahal yang pakai headlamp jenis cover plastik ni pun akan kabur/pudar kekuningan. Yang ni aku nak tunjukkan apa yang aku buat bila dia dah kabur yer..yang retak2 halus tu lain pulak caranya. Yang tu kena gosok ngan kertas pasir dulu (payah step ni).

Bahan utama dia adalah 'Headlamp Cleaner'. Banyak jenis, banyak jenama dijula kat kedai aksesori. Belilah ikut kemampuan korang. Kat pasar malam pun ada jual jenis dlm botol mineral tu (bukan yang syampu keta atau pengilat tayar tu). Selain tu kena ada kain yang lembut dan bersih. Pastikan ianya bersih (kering) dan tiada benda2 lain yng melekat walau sekecil hablur2 pasir. Korang mesti tak mau kalau plastic tu nanti bercalar-balar walaupun ianya bersih kan?


Sebelum pergi langkah seterusnya, lihat dulu keadaan cover plastik ni (tak namak sebab kecik? Klik la gambar tuh).


Memula cuci bersih2 headlamp tu dari segala kotoran dan juga bangkai serangga yang melekat. Lepas tu letak sedikit pencuci tu kat kain tadi dan sental permukaan plastik tu dalam bentuk pusaran. Sental keseluruhan permukaan plastik tu sampai la puas hati yang kabur/pudar tu hilang. Letih memang tak boleh nak cakap la. Kalau ada mesin polish tu mungkin boleh juga guna kot. Ok kalau rasa permukaan luar sahaja yang kabur, tak perlu la cuci yang sebelah dalam. Tapi kebiasaannya sebelah dalam pun akan kabur juga dek kepanasan cahaya lampu tu yang dinyalakan dalam masa yang lama. Ulang langkah yang sama tadi untuk permukaan dalam pula.

Bila dah betul2 puas hati luar dalam dah bersih, cuci balik guna sabun ataupun pencuci lain (kalau boleh jenis cecair la). Bilas betul2 sampai hilang sabun tu plak, kang nanti nampak bekas tinggalan sabun tu. Bila dah siap jemur terus, tak payah lap. Sebelum tu kitai2 (tau ker kitai tu apa?) la dulu bagi kurang titisan air kat plastik tu (nak memendekkan jangkamasa jemuran kat panas). Bila dah betul2 kering terus angkat dan pasang balik kat housing dia.

Yang ni dah siap, aku tak pasang lagi la, sebab yag ni spare jek (malas nak bukak pasang bumper buat masa ni sebenarnya). Bezakanlah dengan gambar memula tadi.

No comments:

Post a Comment