Wednesday, November 3, 2010

Tayar baru

Dekat 2 tahun gak la pakai Falken Ziex 912 siam tuh... kiranya memang puas hati (bagi aku la) dengan keupayaannya. Bunga dia pun last2 minute ni jer makan agak xrata mungkin disebabkan proses penjajaran yang kurang cun. Segalanya bermula (kalau xsilap aku la) selepas aku tukar tulang anjing yang atas tuh kepada jenis bolehlaras punya (mungkin depa xejas betul2 menda tuh). Bila tengok dari belakang, memang nampak jelas tayar belakang terkangkang sedikit. Rujuk gambar bawah ni ..yang line merah tu untuk tayar belakang, line kuning tayar depan. Tu baru tengok mata kasar..


Cerita bab tayar baru ni..brand Achilles made in Indon. Traction AA, Treadwear 400, Temperature A, MfgCode 1810. Rege yang agak berpatutan (bajet pun xberapa rancak nak sambar Falken Ziex macam dulu nyer), Rm180 sebijik. Jenis bunga plak 2 belah..so boleh kalih luar dalam la ni.


Standard tayar buatan Indon ...bunga memang keras tahap gila (tu pasal Treadwear 400 kot). Sama gak macam tayar Forceum (pakai kat Waja)..beli sama tarikh dengan Falken..tapi samai sekarang bunga macam xterusik pun sedangkan yang Falken dah botak habis. Bunyi dengungan jangan cerita la..dah macam naik Land Rover 110. Yang Achilles ni kurang sikit la dengungan dia.


Dah test dalam 2-2 keadaan (basah dan kering)..setakat ni xde masalah untuk jalan kering. Pun begitu bila jalan basah dengan kelajuan <140kmj masih lagi memberi cengkaman pada permukaan jalan. Ambik corner (kat highway) pun xde masalah, mungkin sebab bunga masih tebal lagi kot.


Bolehla...................

"Treadwear grades are an indication of a tyre's relative wear rate. The higher the treadwear number is, the longer it should take for the tread to wear down."

No comments:

Post a Comment