Tuesday, December 28, 2010

Show Off!!!!

Saturday, December 18, 2010

Makan modai ...


Otw balik dari Melaka, dekat nak sampai umah pun...

Jalan basah plak tu..tah kutu mana terhegeh-hegeh nak masuk simpang (mungkin aku pun silap perkiraan masa + jarak). Exora yang follow keta yang terhegeh2 tu pun dah bagi signal brake, kena plak time tu belah lawan arus ada kenderaan, belakang plak ada motor baru jer lepas aku potong. Apa lagi, brake la pastu daya inersia yang terhasil tu la mendorong kereta aku ni bergerak (walaupun tayo dah lock-tayo depan jer la, belakang aku rasa mcm xberapa nak lock), pusing stereng ke kiri skit(bahu jalan), terus jer menggelungsur kat rumput rapat ke divider (mujur ada divider), sentuh jer divider terus kereta tertampan balik masuk ke jalan (time ni dah hampir menyondol Exora) dengan bunyi tayo menyeret jalan. Mujur (mujur gak tuh) :

1. ada divider - menampan kereta daripada terus masuk ke bawah jalan tu,
2. Exora tu terus bergerak sebaik sahaja kereta terhegeh2 tu masuk simpang.
3. bila dah naik balik atas jalan, rasa xde apa yang xkena (stereng masih lagi straight, tayo pun rasa xgelong), malas aku nak check, teruskan perjalanan (sempat gak potong Exora tuh). Tu pun tayo menyagat fender bila bumping skit

Sampai rumah buat quick inspection (sebab dah malam, maleh nak check betul2), tengok cuma fender arch jer retak, bhgn dlm fender tu terkedalam skit (tu pasai menyagat kot).

Pagi ni check secara detail..ada tambahan sikit, bibir rim ada sagat (rim depan belakang plak tu)..tayo masih elok. Alignment rasa ada sedikit (sikit jer) lari, gegaran xberapa nak confirm ada ke x. Nak maintain benda lain, benda lain yang jadi..apa pun syukur xde la major sangat problem nyer. Tambah satu lagi pengajaran bila buat calculation/assessment bila drive time jalan basah.



Fender arch


Rim

Friday, December 3, 2010

Vol 3. (sendiri bikin) MIVEC activitation panel lamp

Proses membuat panel lampu bertulisan MIVEC daripada bahan2 terbuang. Kotak kaler putih tu ambik dari player jenis lama punya. Tujuan kotak tu sebenarnya untuk memancarkan cahaya pada panel LCD player tu, so bila malam tu yg nampak paparan LCD nyala.


Print logo MIVEC tu ikut saiz plate kotak putih tadi. Pastu transfer tekapan tu kat stiker hitam, potong la ikut huruf2 tuh.


Dah siap stage 1. Asalnya kotak ni guna bulb, tapi aku tukar masukkan LED superbright kaler putih.


Testing!! On Off


Pastu buh tinted stiker bahagian belakang plate tadi tu, ikut la warna apa yang suka. Kenapa aku xguna sajer LED yang berwarna? Sebab senang nak tukar kaler guna tinted dari nk solder LED tu lagi. Memula aku guna kaler merah..tapi macam xbest pastu ku tukar biru plak. Mesra alam skit.


Step seterusnya masukkan dalam meter cluster.


Wiring? Haaa..yang ni kena ada kemahiran sikit. Kalau tak, jahanam ECU nanti. Pertama sekali tengok soket tengah kat ECU, ada wayar coklat line putih. Yang tu adalah wayar untuk MIVEC signal (-ve).


Tap wayar kat situ ikut diagram bawah ni.


Tu jer...xde la payah nyer


Wednesday, December 1, 2010

MIVEC activation lamp



dulu...


lepas tu..


pastu...


tukar lagi?...


latest punyer...


Saja aku tuko yang merah tu kepada biru sbb dah banyak sangat kaler merah lampu2 background tuh..so xnampak sangat kontra dia (silap2 MIVEC on pun xperasan).

Rasanya..ni la last punya projek untuk activation lamp, malas dah aku nak pikir nak buat camner lagi. Lain la kalau ada jual EL background untuk meter ni, mungkin aku guna untuk activation lamp nih. Tapi rege aku dah try tanya org yang buat (oversea tuh)..untuk custom made model mirage cyborg (RPM10K) ni kira2 AUD295 .... konbet RM tengok berapa leh pi? ...baik aku beli AFR wideband gauge..ada gak pekdah nyer.