Sunday, April 5, 2009

Ending




Segala-galanya berakhir pada 8 Disember 2007. Kereta kesayangan aku ni telah terlibat dengan kemalangan yang agak ngeri juga. Syukur padaNya kerana masih melindungi keluarga kami. Kemalangan berlaku kat simpang pegi ke Temoh. Dari segi logiknya, salah tu bukan terletak pada aku sbb sepatutnya kereta Iswara yang nak masuk simpang bertentangan tu patutnya kena tunggu jalan clear baru melintas masuk ke simpang tu. Mulanya dari jauh aku tengok kereta tu dah elok tunggu kat tengah jalan tapi bila aku dah dekat (ada la dalam 30-40meter) tiba2 dia start belok. Aku yang masa tu agak laju juga terus break (xsempat capai handbrake) cuma yg aku ingat 2-2 tangan aku dalam kedudukan 9-3, wife aku plak sebelah tangan pegang dashboard, sebelah lagi tengah pangku anak. Dalam 10 meter gak ler kereta aku bergerak dalam keadaan tayar terkunci (terseret jer kiranya). Dengan momentum kereta yg tengah laju, xkira lagi inersia yang terhasil, akhirnya terus menghentam bahagian lampu depan (driver side) Iswara tu pastu berpusing kearah bertentangan dari mula2 aku datang tadi. Impact dia aku xrasa sangat mungkin sebab kereta tu tengah menggelungsur kot. Yang aku sedar tiba2 asap putih penuh dlm kereta, rupa-rupanya airbag tu meletup. Dalam kelam kabut tu, aku try bukak pintu tp xboleh sebab dah tersangkut. Aku jerit suruh bukak pintu sebelah sebab anak aku dah start batuk sebab terhidu gas airbag tu, aku pun dah rasa sesak nafas. Wife aku nak pengsan tapi sempat gak bukak. Bila dah keluar, aku terus capai anak aku, wife aku terbaring kat tepi. Mujur jugak ler xsampai beberapa saat, ada kereta berenti bagi bantuan. Dalam pada tu aku rasa xpuas hati dgn driver Iswara tu, terus aku maki dia. Dia keluar dr kereta tu siap sengih lagi dengan mulut berdarah. Sial tul. Mujur jer aku pegang anak aku. Pemandu kereta yang tolong tadi terus hantar kami ke Hospital Kampar. Aku bersyukur sebab xde apa2 cuma wife aku sedikitterkejut, anak aku sesak nafas sikit. Aku cuma luka kecik kat lutut sebab terhentak kat panel dashboard tu. Tapi bila tengok balik stereng SRS tu, frame dia (bulatan tu)bengkok. Kira kuat juga la tangan aku menahan sampai bengkok camtu. Panel dashboard yang kat speaker tu pecah sebab berlaga dengan lutut. Rear view mirror plak sampai pecah cermin nyer...padahal xkena apa2 pun, sama juga bumper belakang, pecah. Kuat xkuat impact sampai jadik macam tu. Body kereta belah driver jangan cerita la..

Kereta tu yang xsedapnya memang xboleh nak claim insurans sebab enjin xendorse lagik. Nak buat camner..dah xder rejeki. So aku ambik la mana2 parts yang boleh pakai/jual. Sekarang ni yang tinggal cuma rangka. Yang lain semua dah selamat. Dengan kejadian ngeri yang menimpa, maka berakhirlah juga riwayat kereta yang telah banyak meninggalkan kenangan dan juga yang telah mengubah corak kehidupan aku.

No comments:

Post a Comment