Wednesday, April 1, 2009

Transformation

Setelah hampir 2 tahun guna kereta ni, enjin mula menunjukkan tanda2 yang kurang baik. Oleh yang demikian, aku bercadang untuk tukar kepada enjin yang lebih power (xler power sangat). Enjin yang menjadi pilihan adalah versi 1.5 DOHC (4G91) injection. Merata aku pegi carik enjin ni sampai ke Penang. Disebabkan beli melalui kawan pastu kurang bagi maklumat, maka dia dah terambil enjin yang Auto, aku suruh cancel tapi kedai tu mula2 xsetuju nak bagi semua deposit (aku buh 1k deposit) dengan alasan dia dah turun halfcut tu la apa..last2 aku rugi buta jek 2ratus. Lepas tu aku cari balik member aku yang belikan kereta ni nak suruh dia cari kat belah2 Shah Alam plak. Aku pesan siap2 kat dia kos xlebih 4k siap pasang (time tu enjin ni xler mahal macam sekarang ni). Tak lama lepas tu dia cakap ada halfcut tu. 2 minggu juga proses transformasi tu. Nasib ler kos tu xlebih lagi. Masa yang sama juga aku tukar bonet depan tu dgn member aku tu sbb dia tengah cari bonet stendet masa tu. Kira swap free ler dengan dia. Bumper depan pun aku terpaksa tukar sebab nak bagi padan dengan bonet baru ni. model apa aku xtau ler bumper ni tapi ada yang cakap macam Honda nyer bumper.

No comments:

Post a Comment