Friday, January 14, 2011

Kuat sangat kot...



Serius... aku xpaham..kali ni jer dah berapa kali dok repair benda nih. Adakah output terlalu kuat , enjin + gearbox terlalu berat atau memang benda ni low quality ataupun sebab solid mounting atau gak pasal spring terlalu keras (orang lain pakai adjustable gila2 keras pun xde rasanya mengadu pasal benda ni). Sebelum ni aku dah tambah plet+welding sbb dah start retak 2-3 tempat. Pastu dia retak tempat sebelah yang buh plet besi tuh. Pastu tambah lagi plet yang lebar sikit kunun nk bagi reinforce, pun jadi gak. Elok jer plak tu sebelah tempat welding tu dia retak..


Closed up


Dan yang paling mengerikan bila tengok dari pandangan sebelah dalam plak. Karat.. mungkin sbb pomen tu dan aku sendiri tak spray anti rust (apa2 je la) kat belah dalam tu kot. Kena plak tu air dari radiator, air ujan, air cucian + bahan kimia masa cuci kereta..ni semua punca2 yang menyumbang pada kehadiran ferum oksida (karat) tu la.


Closed up


Ni kalau xbukak radiator untuk diservis (yang ni masalah lain plak)..confirm memang xkan tau sampai la satu masa nanti bila crossmember tu jatuh menyeret jalan (boleh jatuh ker)?, masa tu baru la tau kenapa dia jatuh.

Benda front panel ni ada yang suggest suruh ambik halfcut punya sbb depa bagitau barang2 jepun ada kualiti dan juga tahan lama. Mungkin ada gak betulnya. Dah satu hal nak kena masuk dalam list pembelian akan datang.. haih..bila la nak cat baru kalau dok asyik tuko benda2 yang tiba2 datang xdijangka nih.

No comments:

Post a Comment